Harian Metro

INTAI PELUANG DI INDONESIA

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

MTC Engineerin­g Sdn Bhd (MTC) sedang meninjau peluang untuk meluaskan perniagaan­nya dalam segmen kapal pemunggaha­n pengeluara­n dan simpanan terapung (FSPO) ke pasaran Indonesia.

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan­nya Muhammad Ariff Yusof berkata, pihaknya melihat pasaran Indonesia memiliki potensi yang tinggi untuk diterokai kerana tiada penyelesai­an seumpama itu di negara terbabit pada masa ini.

“Kami akan membentang­kan kertas kerja kepada syarikat berkaitan minyak dan gas di Indonesia namun ia masih di peringkat awal dan kami masih mengenal pasti syarikat berpotensi di sana,” katanya pada Bisnes Metro di sini, semalam.

MTC adalah syarikat tempatan yang menjalanka­n perniagaan khidmat nasihat berkaitan seni bina kapal dan kejurutera­an marin, mekanikal dan kejurutera­an mekanikal, kejurutera­an awam dan struktur.

Beliau berkata, pihaknya optimis mampu menerokasi pasaran di negara itu pada masa depan melalui penyelesai­an pesisir luar dikenali Humming Bird yang akan digunakan pada kapal FSPO MTC.

Menurutnya, syarikat baru saja membeli kapal terpakai di Indonesia bagi diubah suai menjadi kapal FSPO selepas berjaya mendapatka­n dua kontrak pemunggaha­n minyak daripada Petronas di Sarawak dan Terengganu baru-baru ini.

“Sebelum ini, kami hanya menyewa kapal bagi perkhidmat­an

„ MTC mahu perluas perniagaan dalam segmen kapal pemunggaha­n pengeluara­n, simpanan terapung

FSPO ini namun kami mengambil keputusan membeli kapal ini dan dijangka beroperasi pada separuh kedua 2017,” katanya.

Dalam masa sama, MTC sedang mengadakan rundingan untuk membekalka­n kapal platform asas kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi operasi pemantauan di timur Sabah.

“Kami berharap idea dan reka bina kami bagi model ini akan mendapat perhatian pihak terbabit namun ia masih terlalu awal untuk diumumkan kerana tiada sebarang keputusan dimuktamad­kan pada masa ini,” katanya.

 ??  ?? MOHD Ariff (kiri) dan Pengurus Pembanguna­n MTC Engineerin­g Sdn Bhd Muhammad Rasidi Adenin (kanan) pada Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi di Resort World.
MOHD Ariff (kiri) dan Pengurus Pembanguna­n MTC Engineerin­g Sdn Bhd Muhammad Rasidi Adenin (kanan) pada Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi di Resort World.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia