Harian Metro

RAHSIA JUTAWAN MUDA

- Agensi

Rahsia seorang lelaki Kenya yang sering memaparkan kehidupan mewahnya di media sosial akhirnya terbongkar selepas dia didakwa menggodam dan mencuri wang hampir AS$40 juta (RM177 juta) dari sistem Lembaga Hasil negara itu.

Alex Mutunga Mutuku, 28, dipercayai sebahagian daripada kumpulan penggodam yang melakukan penipuan elektronik untuk mencuri wang dari beberapa institusi dan syarikat di negara itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Edwin Okello berkata, maklumat mengenai sindiket berkenaan masih sedikit dan pihaknya percaya kumpulan itu mempunyai jaringan yang besar.

“Kami yakin sindiket ini mempunyai jaringan yang besar dan membabitka­n individu dari luar negara,” katanya.

Mutuku mengaku tidak bersalah menggodam sistem komputer Lembaga Hasil Kenya sejak dua tahun lalu.

Lelaki itu sebelum ini pernah ditangkap kerana disyaki menggodam sistem sebuah syarikat telekomuni­kasi dan mencuri tambah nilai berjumlah AS$150 (RM664).

Dia juga pernah disiasat kerana menggodam sistem sebuah bank tempatan pada 2014 dan mencuri sejumlah wang.

Mutuku dibebaskan dengan ikat jamin dan perbicaraa­nnya bermula pada Selasa ini.

Sejak beberapa tahun lalu, Mutuku sering memaparkan kehidupan mewahnya di media sosial termasuk melancong ke luar negara dan makan di restoran eksklusif.

Dia juga sering memuat naik gambarnya bersama motosikal berkuasa tinggi, kereta mewah dan kediaman miliknya.

Mutuku juga dilaporkan membeli sebuah apartmen yang lengkap dengan segala kemudahan termasuk perabot untuk teman wanitanya.

Kebanyakan rakan Mutuku tidak mengetahui sumber kekayaan

„ Didakwa godam, curi RM177 juta dari sistem komputer Lembaga Hasil

lelaki itu hinggalah dia ditangkap pada Selasa lalu kerana menggodam sistem komputer Lembaga Hasil.

 ??  ??
 ??  ?? MUTUKU bergambar bersama motosikal berkuasa tinggi dan rumah miliknya. - Agensi
MUTUKU bergambar bersama motosikal berkuasa tinggi dan rumah miliknya. - Agensi
 ??  ?? naik
MUTUKU memuat
ke luar gambarnya melancong
- Agensi negara di media sosial.
naik MUTUKU memuat ke luar gambarnya melancong - Agensi negara di media sosial.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia