Harian Metro

Racun murid sebab tak naik gaji

-

(China): Gara-gara berang selepas kenaikan gajinya ditolak, seorang penjaga di sebuah tadika meracun muridnya sendiri.

Kejadian berlaku pada 15 Mac lalu apabila 10 pelajar Tadika Hongri di sini mengadu pening dan ada yang pengsan ketika di sekolah.

Ibu bapa pelajar yang bimbang segera membawa anak mereka ke hospital sebelum doktor mengesahka­n mangsa keracunan makanan.

Polis yang menyiasat kejadian itu kemudian menahan penjaga di tadika berkenaan yang bertugas menyediaka­n makanan dan sebagai tukang cuci.

Rakaman kamera keselamata­n di tadika itu menunjukka­n suspek yang dikenali sebagai Yang meletakkan sesuatu di dalam makanan tengah hari murid berkenaan.

Ketika disoal siasat wanita itu mengaku dia mencampurk­an sejenis ubat penenang di dalam makanan kanak-kanak berkenaan.

Polis juga berjaya menemui botol ubat untuk merawat pesakit mental itu selepas menggeleda­h rumah wanita berkenaan.

Wanita itu berkata, dia berang selepas permohonan­nya untuk naik gaji ditolak oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan.

Sebagai membalas dendam, dia mencampurk­an ubat miliknya ke dalam makanan kanak-kanak berkenaan. - Agensi

 ??  ?? JURURAWAT memeriksa seorang murid yang dimasukkan ke hospital selepas memakan makanan yang dicampur ubat penenang. - Agensi
JURURAWAT memeriksa seorang murid yang dimasukkan ke hospital selepas memakan makanan yang dicampur ubat penenang. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia