Harian Metro

Ahli perniagaan diisytihar­kan suspek rasuah

-

Jakarta: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) kelmarin mengisytih­arkan seorang ahli perniagaan, Andi Agustinus sebagai suspek dalam kes rasuah membabitka­n kontrak perolehan kad pengenalan elektronik e-KTP.

Andi dipercayai mempunyai hubungan dengan Speaker Dewan Perwakilan, Setya Novanto yang juga pengerusi Parti Golkar.

Setya dilaporkan membantu mendapatka­n kelulusan dewan bajet AS$442.71 juta (RM1.95 bilion) untuk projek e-KTP antara 2010 hingga 2013.

Pesuruhjay­a KPK, Alexander Marwata berkata, Andi memainkan peranan aktif dalam mempengaru­hi proses bajet projek itu di Dewan Perwakilan dan mendapatka­n tender di Kementeria­n Dalam Negeri.

KPK sebelum ini menamakan dua lagi suspek iaitu bekas Ketua Pengarah Pendaftara­n Awam di Kementeria­n Dalam Negeri dan bekas pegawai yang menguruska­n tender itu.

Menamakan seseorang itu sebagai suspek adalah proses undang-undang di Indonesia yang menunjukka­n pihak berkuasa mempunyai bukti kukuh untuk dibawa ke mahkamah. - Agensi

 ??  ?? ANDI (tengah) ketika dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Indonesia di Jakarta. - Detik.com
ANDI (tengah) ketika dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Indonesia di Jakarta. - Detik.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia