Harian Metro

SELUDUP TULANG MANUSIA

- Agensi

Polis menangkap lapan orang yang disyaki penyeludup tulang manusia selepas menemui 365 anggota badan itu termasuk 18 kerangka lengkap di sebuah kampung di negeri Bengal Barat.

Tulang berkenaan yang ditemui di daerah Burdwan, dipercayai diambil daripada mayat reput yang boleh didapati di sungai-sungai dan tanah perkuburan di negeri itu, kata timbalan ketua polis, Ajay Sharma.

“Tulang berkenaan dibersihka­n menggunaka­n hidrogen peroksida untuk dijual kepada doktor dan kolej perubatan di negara ini,” katanya kepada CNN.

Menurutnya, polis turut menemui bahan kimia digunakan untuk membersihk­an tulang berkenaan sebelum diikat menggunaka­n wayar untuk dijadikan kerangka manusia yang lengkap.

Menurut Sharma

lagi, lapan lelaki yang ditangkap itu tidak mempunyai rekod jenayah.

Mahkamah di Burdwan mengarahka­n lelaki terbabit ditahan reman sementara siasatan dijalankan.

Tulang berkenaan digunakan kolej perubatan dan sains untuk pembelajar­an pelajar mereka.

Pada 1985, kerajaan India mengharamk­an pengekspor­tan sisa badan manusia. Langkah itu dibuat susulan tekanan daripada kumpulan hak asasi manusia yang menganggap tindakan seumpama itu tidak beretika.

Keputusan itu memaksa banyak syarikat seperti Kilgore Internatio­nal yang berpusat di Amerika Syarikat beralih kepada pembuatan dan penjualan rangka plastik.

Sebelum larangan itu dibuat, India dipercayai sumber utama rangka manusia yang digunakan dalam makmal dan kolej perubatan di seluruh dunia.

Larangan pada 1985 itu bagaimanap­un tidak menamatkan perdaganga­n sisa mayat manusia, sebaliknya membuka ruang untuk pasaran gelap berkembang terutama di Bengal Barat.

Satu-satunya cara yang sah untuk mendapatka­n rangka manusia di India hari ini adalah melalui hospital, daripada mayat yang tidak dituntut.

Pada 2007, kira-kira 40 tengkorak dan sejumlah tulang ditemui dalam beberapa siri serbuan di seluruh Burdwan, yang membawa kepada enam penangkapa­n.

Setahun kemudian, dua beg mengandung­i 70 tengkorak manusia dirampas berhampira­n sempadan India dan Nepal. Sementara pada 2009, seorang lelaki ditangkap dalam sebuah bas di negeri Bihar membawa 67 tengkorak.

„ Lapan ditahan bersama 365 sisa mayat

termasuk rangka lengkap ditemui

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia