Harian Metro

Ahli Parlimen ‘kasutkan’ pramugara

-

New Delhi: Seorang ahli Parlimen India memukul seorang pramugara 25 kali menggunaka­n seliparnya ketika penerbanga­n baru-baru ini kerana rasa terhina selepas diletakkan di kelas ekonomi.

Ravindra Gaikwad, 56, anggota parti nasionalis Hindu Shiv Sena mendakwa terhina dengan kakitangan Air India itu ketika penerbanga­n dari Pune ke New Delhi dan terus menunjukka­n kemarahann­ya dengan enggan turun dari pesawat itu sehingga sejam selepas mendarat.

Ahli dewan rakyat Parlimen India itu tidak menunjukka­n rasa bersalah langsung malah memberitah­u agensi berita ANI: “Saya memukulnya 25 kali dengan selipar. Saya membeli tiket untuk kelas perniagaan tetapi sebaliknya diletakkan di kelas ekonomi.”

Katanya, dia menyuaraka­n rasa tidak puas hati dengan seorang pramugari tetapi bertukar menjadi pertengkar­an dengan pramugara kanan penerbanga­n itu.

“Dia mengugut mengadu perkara itu kepada Perdana Menteri Narendra Modi’ jadi saya memukulnya.” katanya.

Kenyataann­ya dikecam pembangkan­g dan Air India berjanji menyiasat perkara berkenaan. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia