Harian Metro

Wanita dituduh curang dicukur kepala, kening

-

Seorang isteri dibotakkan kepala dan dicukur kening oleh penduduk kampung yang menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Polis berkata, kejadian berlaku Selasa lalu di kampung Wade Dharpur, 25 kilometer dari Bhagalpur, Bihar, apabila ibu beranak tiga itu ditemui dengan seorang lelaki di rumahnya.

Penduduk juga memukul lelaki itu kata polis sambil menambah suami mangsa tinggal di Malda di Bengal Barat kerana kerja.

Mangsa yang dikurung di dalam rumahnya oleh penduduk kampung diselamatk­an Rabu lalu, kata polis.

Dia memfailkan laporan polis terhadap ketua kampung, Nand Kishore Yadav dan 16 suspek, selain mendakwa pembabitan lebih 100 orang yang tidak dikenali.

Penguasa kanan polis Bhagalpur, Manoj Kumar berkata, empat lelaki yang mencukur rambut mangsa sudah ditangkap dan wanita itu ditempatka­n di balai polis wanita. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia