Harian Metro

367 keracunan makan sup

-

Makan tengah hari percuma untuk penduduk kampung di selatan Myanmar menyebabka­n lebih 350 orang dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan.

Ratusan penduduk kampung dari Eain Ta Lone, di barat Yangon, jatuh sakit selepas memakan gulai ikan yang dihidangka­n dalam satu majlis untuk meraikan pelantikan sami.

Seramai 1,000 orang kampung mengerumun­i hospital berhampira­n, di mana 367 daripada mereka dimasukkan ke hospital untuk rawatan, kata pekerja amal yang membantu menghantar penduduk kampung, Wai Lin Aung.

Menurutnya, ramai yang muntah dengan beberapa lagi mengadu sakit seluruh badan.

“Mereka merasa sesuatu tidak kena selepas memakan gulai hilsa (sejenis ikan) dan sup ketika majlis itu.”

Penduduk kampung yang dimasukkan ke hospital bagaimanap­un kembali ke rumah mereka Khamis lalu selepas sembuh sepenuhnya, kata ketua pentadbir bandar Myaung Mya, Aung Kyaw Zaya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia