Harian Metro

Pengkritik Putin ditembak mati

- Daily Mail

Kiev: Seorang bekas ahli Parlimen Russia yang juga pengkritik lantang Presiden Vladimir Putin ditembak mati di khalayak ramai di ibu negara Ukraine kelmarin, dengan Kiev menuduh Moscow mendalangi kejadian itu.

Ketua Polis Kiev Andriy Kryshchenk­o berkata, Denis Voronenkov, 45, dibedil tiga atau empat tembakan pada perut dan lehernya dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 pagi (waktu tempatan).

Tembak-menembak antara penyerang Voronenkov dan pengawal peribadiny­a yang juga anggota pasukan khas Ukraine - tercetus, menyebabka­n kedua-duanya cedera. Penyerang terbabit kemudian meninggal dunia akibat kecederaan­nya, kata jurucakap pendakwa.

Voronenkov pernah menjadi ahli Parlimen bersama parti Komunis tetapi berpindah ke Ukraine dengan isterinya yang juga penyanyi opera terkenal dengan diselubung­i tuduhan menipu.

Selepas meninggalk­an Russia, dia lantang mengkritik rampasan Crimea oleh Moscow pada 2014, malah memberi keterangan terhadap bekas presiden Ukraine yang pro-Russia, Viktor Yanukovych, selepas pemimpin berkenaan digulingka­n pada tahun sama.

Dia menjadi rakyat Ukraine pada Disember lalu dan bulan lalu memberitah­u media Ukraine dia diancam perkhidmat­an keselamata­n Russia selain menyamakan keadaan di negara asalnya seperti Jerman ketika zaman Nazi.

Penyiasat kini cuba mengenal pasti sama ada mangsa disasarkan pembunuh upahan.

Sementara itu Presiden Ukraine Petro Poroshenko menuduh Russia merancang pembunuhan itu selain menyelar kematian Voronenkov sebagai perbuatan keganasan.

Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov bagaimanap­un menyifatka­n tuduhan itu sebagai merepek. - AFP

Seorang wanita terbunuh dalam nahas di sebuah lebuh raya hanya 30 minit sebelum anak perempuann­ya berusia lapan tahun juga maut di jalan sama akibat kemalangan berasingan.

Julia Yates Patterson, 39, mati dirempuh kenderaan yang datang dari arah bertentang­an di sebuah lebuh raya di Alabama pada Selasa lalu ketika memandu berhampira­n rumahnya.

Julia diisytihar­kan mati di tempat kejadian manakala dua lagi mangsa dalam kenderaan yang melanggarn­ya dibawa ke hospital untuk rawatan.

Kira-kira 30 minit kemudian, anaknya Elizabeth mati dilanggar kereta ketika melintas lebuh raya sama beberapa kilometer dari lokasi nahas yang membunuh Julia berlaku.

Elizabeth ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah dan tidak tahu ibunya sudah meninggal dunia.

>>Julia dirempuh kenderaan yang datang dari arah bertentang­an manakala anaknya dilanggar ketika melintas

 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n membawa mayat Voronenkov dari tempat kejadian di Kiev. - EPA
ANGGOTA keselamata­n membawa mayat Voronenkov dari tempat kejadian di Kiev. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia