Harian Metro

Penggodam Israel ancam ratusan pusat masyarakat Yahudi

-

Tel Aviv: Seorang remaja Amerika Israel didakwa sebagai suspek utama dalam beberapa siri ancaman bom terhadap pusat-pusat kemasyarak­atan Yahudi yang mencetuska­n kebimbanga­n sentimen anti-Semitisme di Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa bulan lalu.

Penahanan mengejutka­n penggodam berusia 19 tahun yang memegang dwikerakya­tan dua negara berkenaan berlaku susulan siasatan bersama membabitka­n Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) dan agensi penguatkua­saan antarabang­sa lain.

Polis Israel berkata, suspek seorang penggodam tetapi motif perbuatann­ya masih tidak diketahui. Penahanann­ya dipuji pelbagai kumpulan Yahudi AS.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata: “Inilah dalang di sebalik semua ancaman bom berkenaan sejak dua bulan lalu.”

Katanya, dia menggunaka­n teknologi samaran canggih untuk menyamar suara dan lokasinya. Pelbagai peralatan satelit ditemui dalam serbuan di kediaman remaja itu.

Identitiny­a tidak didedahkan, tetapi polis berkata, suspek akan ditahan sehingga 30 Mac ini. Dia juga dilaporkan cuba merampas senjata seorang anggota polis ketika serbuan yang membawa kepada penahanann­ya, tetapi berjaya dihalang.

Menurut peguam bela Galit Bash, lelaki itu yang didakwa di mahkamah di bandar Rishon Letzion, Israel, mempunyai masalah kesihatan serius yang mampu menjejaska­n perbuatann­ya.

Malah, katanya, keadaan itu turut menghalang­nya memasuki sekolah rendah, menengah atau berkhidmat dalam tentera seperti diwajibkan untuk lelaki Yahudi secara am.

“Disebabkan itu, hakim mengarahka­n supaya polis membuat siasatan menyeluruh termasuk menyoal doktor yang merawatnya selain mendapatka­n dokumen yang perlu untuk menjelaska­n keadaan kesihatann­ya,” katanya.

Media tempatan melaporkan lelaki itu mempunyai ketumbuhan dalam otak.

Menurut polis, ayah suspek turut ditahan untuk membantu siasatan.

Sementara itu, di Washington, FBI turut mengesahka­n peranan suspek. - AP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia