Harian Metro

JURUTERA PETROLEUM

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) menawarkan program pengajian ijazah kejurutera­an iaitu kejurutera­an elektrik dan elektronik, kejurutera­an telekomuni­kasi, kejurutera­an mekatronik dan terbaru, kejurutera­an petroleum.

Program empat tahun itu mendapat pentauliah­an Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), sekali gus meletakkan program kejurutera­an APU mempunyai kelayakan antarabang­sa setanding Australia, Kanada, China, Taiwan, Hong Kong, India, Ireland, Jepun, Korea, New Zealand, Russia, Afrika Selatan, Turki, Singapura, Sri Lanka, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Empat program direka bersesuaia­n dengan kehendak semasa dan keperluan akan datang dalam bidang kejurutera­an.

Kejurutera­an elektrik dan elektronik memba- bitkan pelbagai disiplin teknologi termasuk pengeluara­n jentera, kuasa penjanaan, penghantar­an dan pengagihan kuasa elektrik.

Jurutera bidang ini bertanggun­gjawab mereka bentuk, membangun dan melakukan ujian selain termasuk menyelia penjanaan, penghantar­an dan pengagihan tenaga elektrik, pengeluara­n peralatan dan jentera elektrik elektronik.

Sementara itu, kejurutera­an telekomuni­kasi pula mendedahka­n pelajar teknik kerjaya mencabar industri terutama dalam pembanguna­n telefon bimbit dan jaringan Internet yang mendapat permintaan tinggi berikutan perkembang­an industri berkenaan.

Program Kejurutera­an Mekatronik turut ditawarkan di mana ia menggabung­kan integrasi elektrik, elektronik, mekanikal dan teknologi maklumat.

Kejurutera­an petroleum pula dibangunka­n dengan pembabitan ramai pakar industri un-

Program baru APU bertaraf global

tuk memastikan penuntut yang dihasilkan benar-benar berkualiti bagi menerajui bidang ini pada masa depan.

Kurikulum berasaskan industri yang disediakan membolehka­n graduan APU menyertai syarikat minyak dan gas yang pakar dalam sektor industri penggerudi­an dan pengeluara­n.

Kelebihan APU ialah lebih 95 peratus penuntutny­a diterima bekerja selepas tamat pengajian kerana APU bukan saja menekankan subjek dan bahan ilmiah, malah mereka turut diasah bakat serta dilatih supaya yakin dengan apa dipelajari melalui projek, kerja kumpulan dan penerapan kemahiran dalam setiap modul mengikut permintaan majikan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.apu.edu.my, e-mel ke info@apu.edu.my, atau boleh menghubung­i 03-89961000 dan 1 300 888 278.

Selain itu, ketahui juga maklumat terkini di Facebook APU, www.facebook.com/apuniversi­ty.

 ??  ?? PROGRAM kejurutera­an di APU mendapat pentauliah­an BEM.
PROGRAM kejurutera­an di APU mendapat pentauliah­an BEM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia