Harian Metro

PENGAJIAN BISNES TERBAIK

IUKL tawar pendidikan berkualiti serta pengalaman perniagaan kepada graduan

-

Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Infrastruc­ture University Kuala Lumpur (IUKL), menawarkan pendidikan berkualiti serta pengalaman perniagaan untuk memastikan penuntutny­a dilengkapi dengan semua nilai dan kemahiran yang diperlukan oleh majikan.

Pentadbira­n perniagaan adalah program perniagaan paling popular yang ditawarkan di IUKL.

Program ini memberi tumpuan kepada cara organisasi beroperasi, penyusunan strategi dan gaya pengurusan untuk mereka mencapai kejayaan.

Di IUKL, Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Kepujian) melengkapk­an penuntut dengan pengetahua­n dan kemahiran pengurusan, kepimpinan dan keusahawan­an dalam bidang perniagaan.

Mereka dapat membuat pilihan dalam pelbagai jurusan termasuk keusahawan­an, kewangan dan perbankan, kewangan Islam dan perbankan, pemasaran, pengurusan, perniagaan antarabang­sa, pengurusan sumber manusia dan perdaganga­n elektronik yang akan menyediaka­n penuntut ke arah kerjaya profesiona­l dalam pelbagai bidang.

Daripada pengurusan ke teknologi maklumat, Diploma Pentadbira­n Perniaagaa­n di IUKL yang mengambil masa dua tahun, menyediaka­n penuntut dengan kemahiran asas dan mengembang­kan idea baru dalam pasaran yang membolehka­n mereka beroleh kejayaan pada masa akan datang.

Selain itu, IUKL juga menawarkan Ijazah Sarjana Pentadbira­n Perniagaan dan Doktor Falsafah (PhD) dalam Pentadbira­n Perniagaan untuk penuntut yang mahu melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Oleh kerana suasana perniagaan sentiasa berubah, kemahiran perakaunan mendapat permintaan tinggi dan menjadi kerjaya dinamik dengan pilihan yang pelbagai.

Kerjaya dalam bidang perakaunan adalah pilihan sesuai dan boleh menawarkan graduan pekerjaan yang baik.

Justeru, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) di IUKL mendidik penuntut dengan pengetahua­n khusus perakaunan, kewangan, cukai dan banyak lagi bagi melahirkan akauntan yang cekap dan berdedikas­i serta memiliki sifat-sifat dan kemahiran yang diperlukan dalam semua bidang perakaunan.

Selain program yang diiktiraf oleh badan profesiona­l seperti Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s (ACCA), Charted Institute of Management accountant­s (CIMA) dan Malaysian Associatio­n of Certified Public Accountant­s (MICPA), penuntut akan memperoleh pengalaman alam persekitar­an kerja sebenar di IUKL.

IUKL juga menawarkan Diploma Perakaunan yang memberi peluang kepada penuntut untuk memperoleh pengetahua­n dan kemahiran dalam perakaunan.

Untuk meklumat lanjut, hubungi 1-800-88-STUDY (78839) atau layari laman web www.IUKL.edu.my atau hadir sendiri ke IUKL yang dibuka setiap hari (Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang manakala pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 4 petang).

 ??  ?? PENUNTUT dapat menggunaka­n pengetahua­n mereka dalam situasi kehidupan sebenar bagi memenuhi permintaan dan cabaran di peringkat global.
PENUNTUT dapat menggunaka­n pengetahua­n mereka dalam situasi kehidupan sebenar bagi memenuhi permintaan dan cabaran di peringkat global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia