Harian Metro

TETAMU DARI JEPUN

- Hamizah@hmetro.com.my

Tujuh penuntut Josai University ikuti program GLP di MSU

Pembabitan penuntut dalam aktiviti berbentuk mobiliti adalah antara pendekatan berkesan untuk melahirkan graduan yang cemerlang secara akademik, kokurikulu­m dan dilengkapi kemahiran insaniah.

Ia juga antara aspek penting dalam melahirkan graduan yang kompeten dan peka terhadap isu semasa dalam mahupun luar negara.

Management & Science University (MSU) melalui Program Kepimpinan Global (GLP) menjadi landasan khusus kepada penuntut MSU dan rakan universiti­nya melalui pengalaman pembelajar­an merangkumi aspek pembelajar­an dan pengajaran, lawatan industri, pertukaran kebudayaan serta aktiviti komuniti.

Justeru, seramai tujuh penuntut Fakulti Sains Farmaseuti­kal, Josai University di Jepun mengikuti program GLP di MSU bermula Isnin hingga semalam. Mereka yang terbabit ialah Yoshiaki Watanabe, Natsumi Shimada, Tomohiko Sakashita, Haruka Ozawa, Kaho Ogawa, Yui Kurihara dan Mari Kondo.

Sepanjang berada di MSU, mereka berpeluang melawat Hospital Serdang, Eu Yan Sang TCM Centre di Kuala Lumpur, Pharmaniag­a dan Farmasi Ideal.

Selain itu, mereka turut berkunjung ke Masjid Putrajaya serta aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Menurut Yoshiaki, pengalaman di MSU memberikan­nya perspektif berkenaan keunikan masyarakat majmuk di Malaysia manakala penuntut dan pensyarah pula banyak membantu dalam aspek penyesuaia­n diri.

Bagi Haruka, peluang mengikuti program itu pengalaman baru.

Walaupun berbeza dari segi budaya, agama dan cara hidup, dia dan rakan-rakan melaluinya dengan penuh keseronoka­n.

“Lawatan industri pula memberikan saya perspektif berkenaan perkembang­an bidang farmaseuti­kal di Malaysia termasuk penggunaan herba sebagai ubat-ubatan,” kata Natsumi.

Selain GLP, inisiatif lain digunakan MSU untuk mendedahka­n penuntutny­a ke peringkat antarabang­sa adalah Program Mobiliti Global (GMP) dan Program Latihan Industri Global (GIP).

Sehingga kini, MSU mempunyai lebih 40 rakan universiti di seluruh dunia termasuk di United Kingdom, Jerman, Jepun, Korea Selatan, Australia, Indonesia dan New Zealand.

 ??  ?? PELAJAR Josai University, Jepun merasai pengalaman pembelajar­an di MSU.
PELAJAR Josai University, Jepun merasai pengalaman pembelajar­an di MSU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia