Harian Metro

JAYAKAN CITA-CITA ANDA!

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

„ City University tawar biasiswa bernilai lebih RM20 juta tahun ini

Untuk mendapatka­n biasiswa pendidikan bukannya mudah apatah lagi kebanyakan institusi pengajian tinggi (IPT) hanya akan menawarkan­nya kepada pelajar cemerlang sahaja.

Namun, City University yang menjadi antara institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) terawal di negara ini menawarkan biasiswa bernilai lebih RM20 juta tahun ini.

Tawaran biasiswa pendidikan ini terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) yang layak untuk melanjutka­n pelajaran mereka di City University.

Kesinambun­gan tawaran biasiswa pendidikan City University ini diteruskan berikutan sambutan baik sebelum ini.

Penawaran biasiswa itu sebahagian daripada khidmat tanggungja­wab sosial korporat (CSR) City University untuk membantu golongan kurang berkemampu­an meringanka­n kos yuran pengajian mereka.

Di samping itu juga, ia untuk memberi penghargaa­n kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaa­n SPM dan STPM.

Dedikasi dan kemajuan serta kejayaan dicapai selama 33 tahun City University dalam industri pendidikan tinggi tanah air itu turut menekankan aspek kurikulum, latihan industri dan menerapkan praktikal lebih daripada teori.

City University turut menawarkan program pra universiti (Asasi dan Cambridge A-Level) dan pelajar boleh memilih lebih daripada 60 jenis program pengajian yang ditawarkan daripada lapan buah fakulti.

Antaranya, Fakulti Kejurutera­an, Fakulti Perniagaan, Fakulti Pendidikan dan Pengajian Liberal, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Hospitalit­i dan Pelanconga­n, Fakulti Seni Bina dan Alam Bina serta Fakulti Teknologi dan Maklumat.

Sementara itu, temui City University di Suria Sabah, Kota Kinabalu, Sabah; SPICE Arena Pulau Pinang dan Aman Jaya Convention Centre, Ipoh, Perak, sempena program jelajah City University.

Layari laman sesawang www.city.edu.my atau hubungi 03-79491616 untuk keterangan lanjut mengenai biasiswa pendidikan City University.

 ??  ??
 ??  ?? CITY University menawarkan biasiswa bernilai RM20 juta bagi tahun 2017.
CITY University menawarkan biasiswa bernilai RM20 juta bagi tahun 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia