Harian Metro

UCAM TAMBAH 8 MAKMAL

- Nur Ain Musdad am@hmetro.com.my

Dalam usaha melahirkan graduan cemerlang, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) di Alor Gajah tidak lokek berbelanja bagi menyediaka­n infrastruk­tur lengkap bagi mewujudkan suasana pembelajar­an kondusif kepada penuntut di kampusnya.

Naib Canselor UCAM Prof Datuk Dr Faridah Hanam Mohd Rashid berkata, pihak pengurusan sentiasa mementingk­an keselesaan, sekali gus menjadikan penuntut lebih bersemanga­t

menguasai kemahiran dalam jurusan pengajian diambil.

“Kemudahan infrastruk­tur di sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) adalah tersangat penting kerana ia mampu mempengaru­hi kehidupan penuntut dalam proses pembelajar­an sepanjang tempoh pengajian.

“Kami percaya dengan adanya pelbagai kemudahan di UCAM ia dapat memberi peluang kepada penuntut untuk melakukan latihan secara teknikal, sekali gus melahirkan graduan menepati kehendak pasaran selepas tamat pengajian kelak,” katanya menerusi satu keterangan media. Faridah berkata, bagi merealisas­ikan hasrat itu UCAM menambah lapan makmal baru untuk kegunaan penuntut Fakulti Agrosains, selain kemudahan bengkel enjin, studio landskap, bilik tutorial, perpustaka­an, kompleks sukan dan rekreasi, gimnasium dan dewan syarahan utama mampu menampung 500 pelajar pada satu-satu masa.

“Kampus ini turut mempunyai bilik kuliah moden yang luas turut serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan teknologi pertanian terkini bagi menggalakk­an penuntut untuk melakukan latihan secara kerap.

“Kami juga menyediaka­n kemudahan ladang dan kolam ikan untuk sesi amali dan penyelidik­an sekali gus melahirkan penuntut berfikiran lebih kreatif dalam usaha mengangkat bidang pertanian ini ke peringkat lebih tinggi di masa hadapan,” katanya.

Beliau mahu sistem pembelajar­an di UCAM seiring dengan perkembang­an sektor pertanian semasa yang semakin terarah kepada penggunaan peralatan berteknolo­gi tinggi.

“UCAM mengamalka­n pendekatan Pembelajar­an Berasaskan Hasil (Outcome Based Education) yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajar­an lebih berfokus kepada penuntut berbanding kaedah biasa yang berfokuska­n pensyarah berpengala­man dan bertauliah,” katanya.

Kampus Alor Gajah dinaik taraf cetus suasana pembelajar­an kondusif

 ?? Dr Faridah ?? Kami percaya dengan adanya pelbagai kemudahan di UCAM ia dapat memberi peluang kepada penuntut untuk melakukan latihan secara teknikal, sekali gus melahirkan graduan menepati kehendak pasaran selepas tamat pengajian kelak”
Dr Faridah Kami percaya dengan adanya pelbagai kemudahan di UCAM ia dapat memberi peluang kepada penuntut untuk melakukan latihan secara teknikal, sekali gus melahirkan graduan menepati kehendak pasaran selepas tamat pengajian kelak”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia