Harian Metro

Peluang

-

(PPU) adalah hasil kerjasama dengan dua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) iaitu Unifield Internatio­nal College di Mantin, Negeri Sembilan dan KFCH Internatio­nal College di Johor Bahru, Johor, yang akan menawarkan program diploma dalam bidang perniagaan, pengurusan dan sumber manusia.

Selain tiga program berkenaan, dua lagi program iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Sukan (Golf) turut ditawarkan di kampus UM pada sesi ambilan Mei 2017.

Menurut Pengarah UMCCed, Profesor Datuk Dr Mansor Md Isa, sambutan terhadap program yang ditawarkan ini sememangny­a amat baik tetapi pada setiap tahun hanya sebilangan pemohon dapat diterima masuk untuk mengikuti pengajian di kampus UM kerana tempat yang terhad.

“Melalui program itu juga, pelajar yang lulus dengan cemerlang berpeluang menyambung pengajian di peringkat sarjana muda di pelbagai fakulti UM termasuk bidang undang-undang, alam bina, pendidikan dan sastera,” katanya.

Tambahny, UM sentiasa memberi penekanan tinggi kepada standard dan kualiti khususnya dalam pengajaran dan pembelajar­an.

Sehubungan itu, pelaksanaa­n program di luar kampus dijalankan melalui penyelaras­an dan pemantauan yang amat ketat bagi memastikan kualiti penuntut yang dihasilkan adalah sama tanpa mengira lokasi pembelajar­an mereka.

Maklumat lanjut dan permohonan, pelajar lepasan SPM yang berminat boleh hubungi pegawai UMCCed di talian 03-22463600 atau melalui e-mel secara terus ke umcced@um.edu.my serta layari laman web www.umcced.edu.my.

 ?? Dr Mansor Md Isa ?? GRADUAN UMCCed boleh melanjutka­n pelajaran di fakulti yang ditawarkan di Universiti Malaya. Pelajar yang lulus dengan cemerlang berpeluang menyambung pengajian mereka di peringkat sarjana muda ”
Dr Mansor Md Isa GRADUAN UMCCed boleh melanjutka­n pelajaran di fakulti yang ditawarkan di Universiti Malaya. Pelajar yang lulus dengan cemerlang berpeluang menyambung pengajian mereka di peringkat sarjana muda ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia