Harian Metro

JAMIN KUALITI PROGRAM

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Sejak penubuhann­ya pada 1977, SEGi University & Colleges (SEGi) amat dikenali dengan program perniagaan dan perakaunan yang sentiasa dikemas kini untuk menjadikan­nya relevan dengan dunia perniagaan semasa.

Berbekalka­n ahli akademik terbaik dalam industri, SEGi terus membentuk generasi yang bakal bergelar pemimpin perniagaan dan usahawan pada masa hadapan.

SEGi menawarkan pelbagai program di bawah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan termasuk program ijazah 3+0 program dari universiti di United Kingdom iaitu Universiti Greenwich, University of Sunderland dan Universiti Keele serta program ijazah berganda.

Menerusi program ijazah berganda, penuntut akan diberikan dua kelulusan ijazah iaitu satu daripada SEGi dan satu lagi dari Universiti Abertay.

Di bawah program ijazah berkembar dengan Universiti Abertay, pelajar boleh memilih untuk meneruskan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) dengan pengkhusus­an dalam Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Am, Pengurusan Kewangan atau Pengurusan Pemasaran.

Selepas tamat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), penuntut akan dikecualik­an daripada sembilan kertas peperiksaa­n Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) serta enam kertas daripada peperiksaa­n CPA Australia.

Selain itu, mereka juga boleh mendapat pengecuali­an daripada Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA) dan The Institute of Chartered Accountant­s berdasarka­n program yang dipilih.

Penuntut yang menjalani program ijazah berganda di Universiti SEGi juga mempunyai peluang untuk menimba ilmu dengan

Penuntut ijazah berganda SEGi berpeluang tuntut ilmu daripada pensyarah perniagaan

Abertay

pensyarah dari Dundee Business School Universiti Abertay yang mahir dalam bidang perniagaan dan pengurusan.

Oleh kerana program itu dikawal selia oleh Abertay secara tetap, penuntut diberi jaminan untuk mendapat kualiti pendidikan yang sama walaupun belajar di sini.

Baru-baru ini,

SEGi University mengalu-alukan kerjasama bersama Universiti Keele iaitu rakan kongsi universiti baru ke dalam keluarga besar SEGi.

Melalui kerjasama unik ini, penuntut boleh memilih untuk meneruskan Pengurusan Perniagaan (BA) (Kepujian) Perniagaan Antarabang­sa dan Kewangan (3+0) atau BA (Kepujian) Perniagaan Antarabang­sa dan Pemasaran (3+0) di SEGi, dianugerah­kan oleh Universiti Keele.

Untuk maklumat lanjut mengenai program perniagaan dan perkaunan di SEGi, hubungi SEGi College Kuala Lumpur (03-20702078 atau 1800-888-028), SEGi University (03-61451777 atau 1800-88-7344), SEGi College Subang Jaya (03-86001888 atau 1800-888-622), SEGi College Pulau Pinang (04-2633888), SEGi College Sarawak (082-252566) dan e-mel ke askme@segi.edu.my atau layari laman web www.segi.edu.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia