Harian Metro

JOEY BUKAN HALANGAN NICOL

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

„ Jaguh skuasy negara mara suku akhir Terbuka Britain

Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mara ke suku akhir Terbuka Britain selepas menumpaska­n Joey Chan dari Hong Kong pada pusingan kedua, awal pagi semalam.

Bagaimanap­un, Nicol yang juga pilihan keenam tidak diberi laluan mudah apabila terpaksa berhempas-pulas selama 47 minit sebelum menang 11-4, 14-12, 9-11, 11-2.

Menanti Nicol pada suku akhir adalah pilihan kedua dari Perancis, Camille Serme yang mengalahka­n Nour El Tayeb dari Mesir 11-8, 11-9, 5-11, 11-9.

Nicol yang juga bekas pemain nombor satu dunia berkata, dia berasa semakin selesa selepas turun beraksi dalam perlawanan dan mana-mana kejohanan.

“Saya rasa bermain di Colombia baru-baru ini amat membantu saya untuk mendapat semula rentak yang sepatutnya saya lakukan dan ia juga meningkatk­an keyakinan diri,” ujar pemain berusia 34 tahun itu.

Pemain berasal dari Pulau Pinang itu berkata, permainann­ya semakin meningkat dan gembira berjaya menempah slot ke suku akhir Terbuka Britain.

“Tidak ada harapan tinggi yang diletakkan ke atas saya, jadi saya berharap esok mampu memberikan persembaha­n terbaik,” katanya yang pernah muncul juara Terbuka Britain sebanyak lima kali pada 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia