Harian Metro

EMAS SEBELUM UNDUR

Sukri tidak pernah berpeluang galas cabaran negara pada temasya dwitahunan itu

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Emas Sukan SEA Kuala Lumpur menjadi idaman kapten hoki negara Sukri Mutalib (gambar) sebelum meninggalk­an skuad kebangsaan suatu hari nanti.

Jelas pemain berusia 31 tahun itu, sejak mula mewakili negara pada 2003, dia tidak pernah berpeluang menggalas cabaran negara pada temasya dwitahunan itu.

“Jadi saya harap kali ini saya berpeluang dan memang mengimpika­n emas Sukan SEA sebelum meninggalk­an arena hoki suatu hari nanti,” katanya.

Seperti biasa Malaysia dilihat tidak mempunyai masalah untuk memastikan emas di bumi sendiri Ogos depan walaupun tidak menurunkan barisan terkuat.

Bagaimanap­un Sukri berasakan mereka tidak boleh terlalu yakin dan memandang mudah lawan.

“Kita patut juara (menang emas) kerana beraksi di gelanggang sendiri. Pemain perlu fokus dan mengekalka­n komitmen tinggi,” ujarnya.

Skuad hoki negara mengharung­i jadual padat sepanjang tahun ini selepas menjuarai Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Bangladesh awal bulan ini.

Skuad kendalian Stephen Van Huizen akan meneruskan saingan pada Piala Sultan Azlan Shah disusuli Separuh Akhir Liga Hoki Dunia selain liga domestik serta Sukan SEA.

“Semangat pemain amat tinggi selepas kejayaan di Bangladesh. Perjalanan agak padat namun teratur dan saya berharap tiada kecederaan melanda pemain utama dalam tempoh penting ini,” jelasnya.

 ?? FOTO: OSMAN ADNAN ?? CHEF de Mission Sukan SEA 2017, Datuk Marina Chin dan Timbalan Chef de Mission, M Kumaresan (lapan kiri) bersama sebahagian pemain hoki negara ketika lawatan ke venue latihan di ISN Bukit Jalil, semalam.
FOTO: OSMAN ADNAN CHEF de Mission Sukan SEA 2017, Datuk Marina Chin dan Timbalan Chef de Mission, M Kumaresan (lapan kiri) bersama sebahagian pemain hoki negara ketika lawatan ke venue latihan di ISN Bukit Jalil, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia