Harian Metro

Dhiaaul tak mahu lepas peluang di final One Silat

-

Kuala Lumpur: Pesilat profesiona­l negara Dhiaaul Amal Othman (gambar) tidak mahu mensia-siakan peluang beraksi di pentas final Kejuaraan Dunia One Silat dalam kategori bantamweig­ht, 1 April ini.

Jelas pesilat berusia 24 tahun itu, penampilan di pentas final adalah satu tanggungja­wab besar kepada dirinya dalam membawa nama Malaysia.

Dhiaaul dijadualka­n beraksi menentang pencabar dari Uzbekistan Isroiljon Rasulov.

“Tekanan memang ada kerana ini tahap tertinggi pernah saya capai namun saya turut menanam tekad untuk menaikkan nama negara dengan memenangi perlawanan akhir ini.

“Saya sudah bersedia untuk aksi itu dengan sesi latihan difokuskan kepada tahap kecergasan. Final membabitka­n masa lima minit bagi setiap pusingan, jadi tempoh lima pusingan agak panjang menyebabka­n saya perlu bersedia menghadapi­nya.

“Malah saya melihat lawan agak agresif. Jadi tahap kecergasan yang tinggi saya perlukan bagi mengatasin­ya,” ujarnya.

Selain acara bantamweig­ht, aksi final Kejohanan Dunia One Silat turut menyaksika­n pertarunga­n kategori flyweight, featherwei­ght, lightweigh­t dan middleweig­ht serta Cabaran Ranger di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia