Harian Metro

Teruja beraksi di gelanggang kegemaran

- Norazimah Narudin sukan@hmetro.com.my

Johor Bahru: Family Team teruja dan bersemanga­t bertanding pada Kejohanan Bowling Best! Harian Metro kerana gelanggang pilihan adalah gelanggang kegemaran mereka beriadah bersama keluarga.

Pasukan terdiri daripada dua beradik iaitu Hamzah Yusof, 62, dan Jopery, 54, serta anak saudara mereka, Syed Azizul Hakim, 31, sememangny­a sangat seronok dan gembira kerana berpeluang bertanding di Sahara Bowl & Cafe di sini.

Menurut Hamzah, beliau paling gembira apabila mengetahui gelanggang kegemarann­ya itu dijadikan lokasi Kejohanan Bowling Best! Harian Metro dan ia memberi kelebihan kepadanya.

“Sejak gelanggang ini dibuka puluhan tahun lalu, saya bersama keluarga memang gemar datang ke sini untuk bermain bowling, hampir setiap minggu saya bersama anak-anak dan cucu bermain bowling di sini.

“Saya tidak pernah bermain di gelanggang lain kerana meminati tempat ini. Ia satu lokasi unik dan saya selesa beraksi di gelanggang ini kerana terasa bagaikan di rumah sendiri,” katanya.

Menurutnya, dengan bermain bowling beliau dapat mengeluark­an peluh dan meningkatk­an stamina selain mengisi masa lapang bersama keluargany­a.

Katanya, mungkin disebabkan sudah biasa bermain di Sahara Bowl & Cafe, beliau berasakan mempunyai sedikit kelebihan namun tidak menafikan berdepan saingan sengit kumpulan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia