Harian Metro

‘DJ Dave’ turun gegar Sahara Bowl & Cafe

-

Johor Bahru: Pengamal Media termasuk ‘DJ Dave’ atau nama sebenarnya A Madhavan antara pemain yang menggegark­an gelanggang bowling di Sahara Bowl & Cafe, Angsana Johor Bahru Mall di sini, semalam.

Ketua pasukan Johor FM berusia 50 tahun itu berkata, beliau dan dua rakan, Azmi Ahmad, 38, dan Rosli Omar, 50, tidak melepaskan peluang menyertai kejohanan itu untuk meraikan sambutan ulang tahun Harian Metro ke-26.

Menurutnya, penganjura­n kejohanan itu satu usaha baik bagi memupuk kesedaran memiliki gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

“Saya memang minat bermain bowling dan pernah menjuarai beberapa kejohanan sebelum ini.

“Yang terakhir saya muncul sebagai johan kejohanan bowling media anjuran Johor Land.

“Sebagai peserta saya mendapati penganjura­n kejohanan ini amat terurus dan teruja dengan pelbagai hadian menarik yang ditawarkan,” katanya.

Madhavan berkata, beliau bertuah kerana memenangi seterika dalam cabutan bertuah kejohanan itu.

“Saya yakin kejohanan ini membolehka­n warga bandar raya ini termasuk pengamal media seperti kami menghilang­kan tekanan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia