Harian Metro

BERENANG LEBIH BAGUS

„ Dapat menguatkan jantung, tingkatkan kapasiti paru-paru, kurang risiko kecederaan

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

Populariti sukan renang mungkin tidak sehebat bola sepak yang mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia. Bagaimanap­un sukan renang tetap menjadi pilihan, malah kelas renang turut diadakan untuk mengajar sukan yang dikaitkan dengan kemahiran hidup.

Di Amerika Syarikat contohnya renang menjadi aktiviti sukan kedua paling popular di negara itu dengan anggaran 360 juta kunjungan setahun ke tempat rekreasi air di negara terbabit.

Maka tidak hairanlah AS melahirkan ramai jaguh renang seperti Mark Spitz, Dara Torres, Missy Franklin dan tentu sekali legenda kolam renang Michael Phelps yang memenangi 23 pingat emas Olimpik.

Malaysia juga turut melahirkan ramai jaguh renang seperti Alex Lim, Daniel Bego, Welson Sim, Khoo Cai Lin dan Lew Yih Wey.

Menurut Ketua Pusat Akuatik Bahagian Prestasi Tinggi Institut Sukan Negara (ISN) Siti Fuzyma Ayu Mohd Kassim, pembabitan rakyat negara ini menerusi sukan renang kebanyakan­nya bermula sebagai sukan rekreasi.

“Pada mulanya kanak-kanak akan belajar berenang di kolam sebagai sukan rekreasi namun pada masa itu kita tidak boleh mengenal pasti siapa yang berpotensi dalam sukan renang atau sebaliknya.

“Potensi mereka diserlahka­n menerusi penyertaan kelab renang yang kemudianny­a memperkena­lkan mereka dengan pertanding­an.”

Jelas Siti Fuzyma, kanak-kanak dan remaja yang menyertai sukan renang secara rekreasi akan berhenti selepas tamat persekolah­an dan pengajian tinggi memandangk­an tiada pertanding­an untuk had umur mereka. Terdapat juga kajian menunjukka­n umur purata perenang untuk mencapai puncak prestasi adalah 20 tahun.

“Melainkan sekiranya mereka atlet yang mewakili negara, sudah tentu mereka akan teruskan. Namun pada masa kini wujud acara masters yang boleh disertai perenang berusia 25 tahun ke atas.

“Malah skop renang kini lebih meluas yang mana selain menyertai acara renang seperti gaya bebas, mereka boleh menyertai acara polo air dan triatlon.”

Menurut Siti Fuzyma, otot yang terbabit dalam sukan renang boleh dibahagika­n kepada lima bahagian:

1. Bahagian atas anggota badan (thenars, brachiordi­alis, flexor profundus, biceps, triceps, deltpoid)

2. Tengkuk (sternoclei­domastoids)

3. Bahagian hadapan badan anggota atas (pectorals, serratus anterior, external oblique, rectus abdomunius)

4. Bahagian belakang badan anggota atas (latissimus dorsi, trapezius, spinus erectors, teres major, teres minor, rhomboid minor).

5. Bahagian bawah anggota badan (gluteus maximus, abductor magnus, quadriceps, hamstring, gastrocnem­ius, tibialis anterior, abductor hallucius, abductor digitti minimi, flexor digitorium).

Penggunaan otot ini pula bergantung kepada gaya renangan iaitu sama ada kuak lentang, kupu-kupu, kuak dada atau gaya bebas.

Memandangk­an ia membabitka­n penggunaan otot hampir seluruh tubuh maka tidak hairan jika faedah dinikmati daripada aktiviti renang juga begitu banyak.

“Sukan renang baik untuk kesihatan. Secara dasarnya ia menguatkan jantung dan membantu meningkatk­an kapasiti paru-paru dalam sistem pernafasan,” ujar Siti Fuzyma.

“Berenang juga lebih baik berbanding berlari kerana ia memberi impak yang kurang kepada lutut dan kaki. Kurang impak bermakna kuranglah risiko kecederaan.

“Sekiranya aktiviti renang ini dilakukan secara berterusan ia dapat menguatkan otot-otot malah sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur.”

 ??  ?? WELSON Sim Wee Sheng antara atlet renang negara yang beraksi di Olimpik Rio.
PERENANG MSS Selangor pamer kemampuan pada pertanding­an Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia.
WELSON Sim Wee Sheng antara atlet renang negara yang beraksi di Olimpik Rio. PERENANG MSS Selangor pamer kemampuan pada pertanding­an Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia