Harian Metro

Karolina mara pusingan ketiga

-

Miami, AS: Pilihan kedua Karolina Pliskova layak ke pusingan ketiga Terbuka Miami apabila pemain Republik Czech itu menundukka­n pemain AS dari pusingan kelayakan Madison Brengle 6-1, 6-3, semalam.

Ketika pukulan servisnya tidak begitu bagus, pemain berusia 25 tahun itu tidak kelihatan terancam sepanjang perlawanan.

“Ada ketikanya sengit tapi saya fikir permainan saya mantap. Ia agak mudah dan saya terlalu gembira menghabisk­an masa sejam di luar sana kerana ia terlalu panas dan berbahang jadi saya amat gembira untuk menyimpan tenaga bagi perlawanan berikutnya,” ujar Karolina.

“Servis tidak terlalu mengagumka­n dan ia berlarutan sejak beberapa minggu lalu tapi saya fikir permainan dari garisan belakang lebih baik, ia meningkat, pukulan backhand saya lebih bagus, jadi saya perlu membaiki pukulan servis ketika ini,” ujarnya.

Karolina layak ke separuh akhir di Indian Wells minggu lalu dan dia menegaskan mahu mengelak ulangan tahun lalu apabila dia layak ke separuh akhir di California namun kecundang pada pusingan pertama di Miami.

“Ia satu kejohanan besar dan saya mahu bertindak lebih baik tahun ini. Saya akan bersedia untuk perlawanan berikutnya,” jelas pemain Czech itu, yang mana kembarnya Kristyna turut beraksi di Miami. - AFP Miami, AS: Pilihan kedua Rory McIlroy terkeluar daripada persaingan pada Kejohanan Match Play-WGC semalam selepas pencabar dalam kumpulan Gary Woodland menarik diri dan Soren Kjeldsen menang kali kedua berturut-turut.

Kjeldsen dari Denmark, yang menghuni ranking ke-62 dunia, mengalahka­n pemain Argentina, Emiliano Grillo 4 dan 3 untuk menamatkan harapan McIlroy sehari selepas kemenangan mengejut ke atas pemenang empat kejuaraan utama dari Ireland Utara itu.

Situasi itu tercetus selepas

(gambar)

Woodland memberikan kemenangan percuma kepada McIlroy kerana alasan peribadi, membantuny­a mencatat kemenangan namun ia juga memberikan Kjeldsen kemenangan percuma bagi perlawanan berikutnya.

Pemain Denmark itu akan layak ke peringkat kalah mati 16 terakhir hari ini selepas berakhir 3-0 dalam kumpulan itu manakala terbaik yang mampu dilakukan McIlroy adalah 2-1 jika dia menumpaska­n Grillo.

Grillo bermula dengan birdie-par untuk menang dua lubang pertama menentang Kjeldsen dalam cuaca berangin namun pemain Denmark itu bangkit dengan dua birdie dalam empat lubang berikutnya untuk menyamakan kedudukan. Kjeldsen menang empat lubang pertama di sembilan lubamng kedua, menang lubang ke-10 dan 12 dengan birdie, dan sekalipun bogey lubang ke-14, menamatkan aksi itu dengan tolakan putt dari jarak enam kaki di lubang ke-15.

Kjeldsen menyatakan dia mahu menghabisk­an masa terluang bersama anak-anaknya berikutan penarikan diri Woodland. - AFP

 ??  ?? M ADIS ON KAROLINA tekad perbaiki pukulan s er v is .
M ADIS ON KAROLINA tekad perbaiki pukulan s er v is .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia