Harian Metro

URUGUAY MANGSA SAMBA BRAZIL

- AFP

„ Paulinho ledak hatrik, Neymar lengkap malam gemilang Selecao

Brazil membelasah Uruguay sekali gus semakin menghampir­i pusingan akhir Piala Dunia semalam ketika Lionel Messi membantu menghidupk­an semula kempen kelayakan Argentina dengan gol tunggal untuk menundukka­n Chile.

Hatrik menakjubka­n pemain tengah berpangkal­an di China, Paulinho membantu Brazil menang 4-1 ke atas Uruguay di Montevideo bagi membantu juara dunia lima kali itu mencerahka­n peluang ke pusingan akhir di Russia tahun depan.

Brazil kini mendahului saingan round-robin 10 pasukan itu dengan tujuh mata selepas kemenangan terbaru mereka.

Empat pasukan teratas dalam carta layak secara automatik dan dengan hanya tinggal lima perlawanan, hanya keputusan buruk akan menafikan kemaraan Brazil.

Uruguay mendahului selepas hanya sembilan minit apabila penjaga gol Brazil, Alisson menjatuhka­n penyerang Paris Saint-Germain, Edinson Cavani untuk dihadiahka­n penalti.

Cavani bangkit menyempurn­akan sepakan itu untuk meletakkan Uruguay di depan 1-0.

Namun Paulinho menghasilk­an gol menakjubka­n 10 minit kemudian apabila merembat kencang ke penjuru gol dari jarak 25 meter untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Pemain tengah itu kemudian menampan masuk percubaan Philippe Coutinho pada minit ke-51 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Bintang Barcelona, Neymar menambah gol ketiga dengan lambungan mengeliruk­an pada minit ke-75 sebelum Paulinho melengkapk­an hatriknya pada masa kecederaan.

Uruguay, yang terlepas khidmat Luis Suarez yang digantung perlawanan, kekal di tangga kedua dalam carta.

“Untuk datang ke sini dan menang satu keputusan hebat,” kata jurulatih Nrazil, Tite. “Bermain di stadium ini dan menewaskan Uruguay sukar buat mana-mana pasukan.”

Di Buenos Aires, Argentina tampil pada pertemuan menentang Chile terdesak untuk meraih tiga mata bagi menghidupk­an semula kempen mereka.

Kapten Messi ternyata menjadi penyelamat apabila Argentina membalas dendam kekalahan pada final Copa America Centenario tahun lalu yang dimenangi Chile 1-0.

Messi meledak menerusi sepakan penalti pada minit ke-16 selepas pertahanan veteran Chile, Jose Fuenzalida menjatuhka­n Angel Di Maria dengan terjahan keras.

 ??  ?? PAULINHO meraikan jaringan ketiga. NEYMAR (kanan) cuba melepasi kekangan pemain Uruguay.
PAULINHO meraikan jaringan ketiga. NEYMAR (kanan) cuba melepasi kekangan pemain Uruguay.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia