Harian Metro

CHINA TUNJUK BELANG

-

Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Asia menarik perhatian dengan beberapa perlawanan yang menakjubka­n. Secara automatik, empat pasukan akan layak sementara dua lagi pasukan akan bertembung pada perlawanan playoff sebelum satu lagi playoff menentang pasukan dari CONCACAF.

Kehangatan perlawanan keenam dirasakan terutama sekali di China yang mana pasukan kebangsaan­nya kini di bawah bimbingan Marcello Lippi beraksi matang untuk menewaskan Korea Selatan. Juara dunia bersama Itali pada 2006, Lippi jelas membawa kelebihan kepada China.

China mempamerka­n disiplin taktikal yang begitu tinggi apabila beraksi begitu mantap dan memaksa Korea untuk lebih membuat hantaran lambung dari sayap. Satu-satunya corak permainan yang tidak begitu selesa dilakukan Korea. China menyekat pemain Korea beraksi di antara barisan tengah serta pertahanan. Sudah kelihatan bagaimana seorang jurulatih bertaraf dunia dapat meletak kesimpulan Catenaccio dalam kalangan pemain beliau.

Strategi permainan defensif ini menjadi darah daging serta identiti bola sepak Itali dan pemain China sudah mengorak langkah memahami konsep permainan itu. Tidak hairanlah betapa sukar Korea untuk menyusun serangan. Mereka terpaksa beraksi seperti ‘kehendak’ pasukan China. Dengan kemenangan itu, China masih menduduki tangga kelima Kumpulan A dan mempunyai peluang tipis untuk layak ke peringkat seterusnya tetapi jelas Lippi sudah mula membina satu pasukan yang kebal untuk Piala Asia 2019.

Sementara itu, Jepun mula bangkit dengan mengalahka­n tuan rumah UAE. Jepun yang mengalami kekalahan di tangan UAE di Saitama pada September 2016 kini bangkit dengan persembaha­n dinamik. Pengurus pasukan Vahid Halilhodzi­c melakukan lapan pertukaran dan menurunkan penyerang dinamik seperti Yuya Kubo serta Yuya Osako.

Kedua-dua penyerang ini yang beraksi di luar negara Jepun sudah mempamerka­n persembaha­n ‘perpetual motion’ dan begitu sukar untuk dikunci oleh pertahanan lawan. Penyerang dari kelab Gent di Belgium, Kubo menjadi satu ‘outlet’ setiap kali pasukan Jepun mengawal bola. Gerak geri Osako yang beraksi di Bundesliga bersama kelab FC Koln pula mengeliruk­an pertahanan tengah UAE kerana dia

„ Pamer aksi memukau kejutkan Korea Selatan

Piala Malaysia 2013 termasuk Piala Sumbangsih dan Piala FA dan Zainal juga turut menimba pengalaman bersama kelab Liga Inggeris, Cardiff City tahun lalu.

Katanya, pihaknya juga melahirkan rasa bangga apabila kerajaan negeri turut memberi suntikan baru bernilai bijak dengan “timing” larian.

UAE pula tumpul tanpa Ahmed Khalil yang digantung perlawanan. Tanpa kepantasan­nya maka penyerang lain seperti Ismael Matar dan Ali Ahmed Mabkhout yang lebih gemar menerima bola, memberi peluang pertahanan pasukan Jepun bertahan pada garisan tinggi. Kekurangan kepantasan Maya Yoshida tidak sekali diberi tentangan manakala perancang utama UAE, Omar Abdulrahma­n tenggelam di bahagian tengah.

Sementara itu, Thailand pula ditundukka­n Arab Saudi walaupun beraksi baik. Persoalan kekuatan Thailand sekali lagi dipertikai­kan tetapi jelas pasukan itu menunjuk perkembang­an. Namun di tahap tertinggi bola sepak Asia, Thailand masih lagi ketinggala­n.

Langkah seterusnya pula untuk bermula ‘eksport’ pemain tempatan ke liga yang lebih kompetitif. Pemain Thailand sudah berada di tahap terbaik dan seterusnya harus mempunyai cita-cita ke satu lagi tahap. Mungkin Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) boleh berusaha mencari kelab di Eropah seperti Belgium, Austria atau Switzerlan­d supaya pemain mereka dapat pendedahan mental serta fizikal.

RM3 juta buat pasukan Pulau Pinang dan ia akan menjadi nadi kekuatan dan pencetus semangat buat pemain.

“Saya percaya kehadiran Zainal akan dapat mampu memulihkan kembali semangat pemain serta memastikan Pulau Pinang akan berwajah baru dan terus kekal dalam saingan Liga Super,” katanya.

 ?? FOTO: ?? ZAINAL (dua dari kanan) bersalaman dengan Guan Eng ketika sidang media di KOMTAR, Georgetown.
FOTO: ZAINAL (dua dari kanan) bersalaman dengan Guan Eng ketika sidang media di KOMTAR, Georgetown.
 ??  ?? PEMAIN China diasak pemain Korea Selatan (tengah) ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2018.
PEMAIN China diasak pemain Korea Selatan (tengah) ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2018.
 ??  ?? LIPPI
LIPPI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia