Harian Metro

Zainal teraju baru Harimau Kumbang

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my

Georgetown: Desas-desus siapakah yang akan menjadi pengendali pasukan bola sepak Pulau Pinang selepas pemecatan Ashley Westwood Ahad lalu akhirnya terjawab apabila Zainal Abidin Hassan sah menjadi ketua jurulatih pasukan bola sepak Pulau Pinang yang baru.

Pelantikan bekas ketua jurulatih Selangor dan Pahang berusia 54 tahun itu diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang media di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak, di sini semalam.

Hadir sama, Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari, pengurus pasukan L Karthiresa­n dan penolong jurulatih, Darren Read serta Exco FAP.

Zainal berkata, kepercayaa­n yang diberikan akan menguji sejauh mana kemampuan sebenarnya untuk mengendali dan mengubah kedudukan lebih baik skuad Harimau Kumbang yang kini berada di tangga tercorot Liga Super.

Menurutnya, peranan dan tanggungja­wab yang dipikul untuk membawa pasukan Pulau Pinang sekali gus kepercayaa­n yang diberikan FAP tidak akan disia-siakan begiu saja malah untuk menggapai semua itu perlu mendapat sokongan pihak pengurusan FAP, pemain dan penyokong.

Katanya, semangat serta sokongan yang diberikan itu akan dijadikan bekalan untuk dirinya menerima tawaran dan bersetuju untuk mengendali pasukan Pulau Pinang dengan rasa penuh ikhlas dan rela hati.

“Sebelum ini saya sudah melihat prestasi beberapa pemain Pulau Pinang dan akan menguji kemampuan sebenar mereka apabila memulakan tugas mulai Isnin ini termasuk turun padang menjalani latihan bersama pemain.

“Suntikan baru pasti akan diberikan bagi merancakka­n lagi mutu persembaha­n sekali gus memperbaik­i beberapa kelemahan yang ada dan sebagai ketua jurulatih pastinya memiliki satu tugas yang cukup penting dalam melakukan transforma­si baru buat Pulau Pinang,” katanya.

Bagi Zairil pula, FAP mengalu-alukan kehadiran Zainal selaku seorang pemain legenda negara yang sudah mengharumk­an nama negara dan kredibilit­i beliau dalam bidang kejurulati­han tidak perlu dipertikai lagi.

Menurutnya, pelbagai kejayaan diperolehn­ya termasuk membawa Pahang menjuarai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia