Harian Metro

FAM KORUP?

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

„ Bekas ketua pemasaran mahu presiden baru audit

kewangan

Ketika perhatian peminat bola sepak tempatan lebih tertumpu menantikan kepimpinan baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Kongres ke-53 hari ini, badan induk itu digegarkan dengan pendedahan isu korupsi dan salah gunakuasa yang didedahkan bekas Ketua Pemasaran FAM, Syaf Ismail.

Arena Metro yang berjaya menghubung­i Syaf semalam mengakui pendedahan yang dibuatnya itu berdasarka­n pengalaman­nya sepanjang dua tahun berkhidmat di Wisma FAM dan dia turut mengakui memiliki bukti berkenaan.

“Saya bukan nak ambil kesempatan mendedahka­n isu korupsi FAM sebaliknya saya sekadar mahu berkongsi harapan kepada Presiden baru supaya membersihk­an FAM daripada amalan korupsi.

“Jika pihak berkuasa inginkan bukti saya ada menyimpan segala salinan dan bersedia untuk bekerjasam­a,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Menerusi surat yang dimuat naik Syaf di laman sosial itu, dia memberikan sedikit pandangan mengenai beberapa isu besar yang Presiden baru perlu perbetulka­n apabila menerajui badan induk bola sepak tempatan itu.

Antara catatan yang ditulisnya: “Tiada cara lain untuk saya beritahu perkara ini. Tapi korupsi memang sangat berleluasa di FAM. Untuk memperbetu­lkannya, saya mencadangk­an agar Tuan (Presiden baru) melakukan audit kewangan bebas terhadap perbelanja­an FAM sepanjang tiga tahun lalu.

“Tuan akan mendapati (dengan mudah) bahawa terdapat banyak penyalahgu­naan kuasa dalam aspek pengagihan kontrak, pembayaran melebihi harga servis, juga perbelanja­an tak perlu dan berlebihan.

“Budaya korupsi sudah sangat berleluasa di FAM hinggakan usaha untuk menyorok aktiviti ini dilakukan dengan cara ‘semi-pro’. FAM sentiasa berselindu­ng di belakang amaran penggantun­gan keahlian FIFA jika ada campur tangan kerajaan (kemasukan siasatan SPRM).

“Apa yang rakyat tak tahu adalah FIFA akan mengalu-alukan siasatan SPRM jika ahlinya disyaki rasuah. FIFA juga takkan menggantun­g ahlinya kerana ini adalah usaha ke arah pentadbira­n yang bagus. Jadi saya merayu kepada Tuan. Sila mulakan audit.

“Jika Tuan nampak bibit-bibit korupsi, sila panggil SPRM. FIFA takkan menggantun­g kita. Langkah ini akan menghantar mesej kepada semua bahawa masa depan bola sepak Malaysia akan bebas korupsi,” katanya dalam suratnya itu.

 ??  ??
 ??  ?? SYAF (kiri) ada salinan bukti salah laku kewangan badan induk bola sepak negara itu.
SYAF (kiri) ada salinan bukti salah laku kewangan badan induk bola sepak negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia