Harian Metro

‘Saya tak ikut Annuar’

- Balqis Jazimah Zahari sukan@hmetro.com.my

Ipoh: Keputusan tidak mempertaha­nkan jawatan naib presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) oleh Datuk Zainol Fadzi Paharudin bukan kerana mengikut jejak langkah bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kelmarin.

Zainol berkata, beliau sebaliknya sudah membuat surat lebih awal sejak Isnin lalu dan menghantar­nya ke pejabat FAM sebelum bertindak membuat pengumuman secara rasmi kelmarin.

“Saya dalam perjalanan hendak pergi menghantar surat berkenaan dan tiba di pejabat FAM pada jam 1 petang, Tan Sri Annuar pula membuat pengumuman pada kira-kira jam 12 tengah hari di Parlimen.

“Sebenarnya saya lebih awal, cuma kerana berasakan lebih baik menunggu hingga saya menyerahka­n sendiri surat ke pejabat FAM sebelum membuat pengumuman secara rasmi, jadi tidak timbul isu mengikut jejak Tan Sri Annuar,” katanya dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Zainol yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Tenaga dan Air negeri berkata, alasan utama tidak mempertaha­nkan jawatan itu adalah memberi tumpuan dan keutamaan kepada jentera Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

“Sudah tentu saya mengambil keputusan demi kepentinga­n kerajaan, sebagai salah seorang Exco yang perlu melaksanak­an banyak lagi perkara dalam proses menghadapi PRU ke-14, itu antara keutamaan dan sewajarnya saya lakukan,” katanya.

Zainol berkata, beliau sudah berfikir panjang dan sudah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk memaklumka­n keputusan menarik diri.

 ??  ?? ANNUAR
ANNUAR
 ??  ?? ZAINOL
ZAINOL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia