Harian Metro

TMJ tiada masa rai kemenangan: Yusoff

-

hubungi Arena Metro semalam.

Afandi wakil tunggal penyandang bertanding selepas seorang lagi Timbalan Presiden Datuk Mokhtar Ahmad membuat keputusan untuk berehat. Kuala Lumpur: “TMJ (Tunku Mahkota Johor) tidak ada masa untuk meraikan kejayaan, beliau sekarang hanya memikirkan mengenai tugas yang ingin dilaksanak­an bersama FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia),” kata Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Beliau berkata, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat meluangkan masa bersama perwakilan dan ahli gabungan FAM yang hadir ke Johor Bahru kelmarin sempena Hari Keputeraan Sultan Ibrahim Iskandar.

Ia pertemuan pertama pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu selepas mendapat tahu beliau menang tanpa bertanding jawatan Presiden FAM susulan penarikan diri pencabar iaitu Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa semalam.

Menurut Yusoff, pada pertemuan itu jelas memperliha­tkan betapa bersemanga­tnya Tunku Ismail untuk merealisas­ikan manifesto yang dibentangk­an kepada umum sebelum ini.

“TMJ banyak bercakap mengenai manifesto yang mahu dilaksanak­an, semua pasal kerja bukan pasal kejayaan menjadi Presiden FAM.

“Beliau tidak mahu menunggu

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Yusoff juga dilihat berpeluang cerah untuk merebut salah satu kerusi itu biarpun hanya menyandang jawatan Exco FAM dengan diberikan lama sebaliknya menerangka­n kepada mereka yang hadir semalam mengenai tugas dan cabaran bakal dihadapi. Melihat kepada kesungguha­n TMJ seolah beliau sudah masuk ‘gear satu’ kerana terus fikir pasal kerja.

“Beliau berharap Exco yang dipilih nanti serta ahli gabungan dapat bekerjasam­a dengannya, itu harapannya,” katanya.

Tunku Ismail, 33, melakar sejarah tersendiri apabila menjadi Presiden FAM termuda pada pemilihan di Kongres ke-53 hari ini selepas menang tanpa bertanding.

Yusoff yang akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden berkata, semua pihak terutama penyokong bola sepak perlu memberikan Tunku Ismail masa untuk melakukan perubahan.

“Saya fikir manifesto yang digariskan oleh TMJ bukan manifesto kosong, ia akan dilaksanak­an cuma perlu masa secara berperingk­at. Perubahan tidak boleh dilakukan sekelip mata,” jelasnya.

Antara 11 perkara dalam manifesto Tunku Ismail adalah memberikan peruntukan tambahan kepada pasukan Liga Super dan Liga Perdana hasil hak penyiaran, memantapka­n pengurusan FAM dan memberi tumpuan kepada pembanguna­n pemain, jurulatih dan pengadil. tugas selaku Pengerusi Jawatankua­sa Futsal dan Bolasepak Pantai.

Kewibawaan­nya sudah terbukti apabila memainkan peranan dalam membawa kebangkita­n Melaka ke Liga Super serta dilihat cukup lantang dalam memberikan sokongan kepada Tunku Ismail.

“Sama ada menang atau tidak, terpulang kepada keputusan perwakilan, saya di sini hanya menawarkan diri untuk turut sama bekerjasam­a dengan semua pihak dalam FAM,” jelasnya.

Berbeza dengan Subahan, beliau tampil merebut jawatan semula selepas gagal dalam cubaan pada 2014.

Bagaimanap­un pendekatan bekas Naib Presiden FAM yang kini Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) itu agak berbeza kali ini apabila lebih ‘low profile’ tanpa sebarang publisiti namun ia sama sekali tidak boleh menidakkan kejutan yang boleh dilakukan oleh bekas pengurus Harimau Malaysia itu.

 ??  ??
 ??  ?? YUSOFF
YUSOFF
 ??  ?? SUBAHAN
SUBAHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia