Harian Metro

FAM terima surat pengesahan Annuar

-

Petaling Jaya: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahka­n pihaknya sudah menerima surat pengesahan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa daripada bertanding jawatan presiden dalam pemilihan di Kongres ke-53 hari ini.

Beliau berkata, selain Annuar dan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang menarik diri daripada merebut kerusi Naib Presiden, semua calon bagi jawatan lain tidak mengubah pendirian untuk bertanding.

“Setakat ini saya mengesahka­n sudah menerima surat rasmi daripada Annuar yang menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden FAM dan juga Zainol daripada PAFA (Persatuan Bolasepak Perak).

“Jadi, setakat ini dua calon yang menarik diri untuk jawatan Presiden dan Naib Presiden manakala calon lain tiada,” kata Hamidin.

Annuar, Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) membuat pusingan U daripada mencabar kerusi presiden kelmarin dengan membuat pengumuman dalam satu sidang media khas di Parlimen.

Keputusan itu menyaksika­n bekas Timbalan Presiden FAM itu memberi laluan kepada seorang lagi calon Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menang tanpa bertanding.

“Pengumuman rasmi TMJ sebagai Presiden FAM ada dalam statut FAM yang mana pelantikan perlu disahkan pada Kongres meskipun kita tahu beliau tidak akan dicabar mana-mana calon lain pada pemilihan ini,” kata Hamidin mengenai status Tunku Ismail itu.

Ketika ditanya mengenai persiapan Kongres itu, Hamidin berkata, semuanya berjalan lancar dan semua 39 perwakilan daripada 20 ahli gabungan diberikan mandat untuk mengundi calon barisan Exco baru hari ini.

“Persiapan untuk Kongres setakat ini berjalan dengan baik dan kami harap esok (hari ini) pemilihan akan berjalan lancar, Itu harapan kita.

“Proses pengundian akan bermula apabila selesai semua agenda (mesyuarat FAM) ke-11 dengan semua perwakilan akan diberikan penerangan. Keputusan akan diumumkan sebaik proses pengiraan undi selesai,” katanya.

 ??  ?? RAKAMAN video mengenai penarikan TUNKU Ismail (depan tiga dari kiri) bersama sebahagian wakil persatuan bola seApnankun­aer gdearrii.pada mencabar TMJ.
RAKAMAN video mengenai penarikan TUNKU Ismail (depan tiga dari kiri) bersama sebahagian wakil persatuan bola seApnankun­aer gdearrii.pada mencabar TMJ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia