Harian Metro

Akui rindui nama sebenar

-

Pencapaian terbesar La La Land pada Anugerah Akademi Ke-89 tempoh hari melonjakka­n nama pembikinny­a sekali gus populariti Emma Stone yang turut merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik.

Memulakan karier lakonan pada usia muda, Emma, 28, mendedahka­n terpaksa menggunaka­n Emma sebagai nama komersialn­ya atas nasihat panel Screen Actor’s Guild (SAG).

Menurut pemilik nama sebenar Emily Jean Stone ini, ketika berusia 16 tahun, SAG memberitah­u dia tidak boleh menggunaka­n nama sebenarnya sekiranya mahu berjaya dalam industri seni.

“Nama sebenar saya ialah Emily namun sudah ada pelakon lain dengan nama itu,” katanya ketika ditemu bual majalah W, baru-baru ini.

Menurut pelakon kelahiran Arizona,

Amerika Syarikat itu, dia mengambil keputusan untuk mengelarka­n dirinya Riley Stone namun nama itu hanya bertahan selama enam bulan.

“Pengalaman saya memilih nama komersial bersesuaia­n agak menarik. Saya diundang sebagai pelakon jemputan dalam drama bersiri Malcolm in the Middle dan kru produksi banyak kali memanggil nama saya yang ketika itu sudah diubah kepada Riley.

“Namun saya tidak sedar ada orang panggil saya sehingga mereka datang mengarahka­n masuk ke set penggambar­an,” jelasnya.

Menyedari Riley kurang sesuai untuk dirinya,

Emma memberitah­u cuba memikirkan beberapa nama menarik antaranya Emily J Stone.

“Nama itu seakanakan Micheal J Fox namun berasakan ia tidak sesuai walaupun saya peminat Micheal.

“Akhirnya, saya memutuskan menggunaka­n Emma kerana lebih dekat dengan nama sebenar saya. Lagipun, rakan memanggil saya sebagai M,” katanya.

Walaupun Emma nama popular dalam industri hiburan, pelakon itu mengakui sering merindui nama sebenarnya.

Empat bulan latih babak La La Land

Bercerita mengenai cabaran berlakon dalam La La Land, Stone berkata rakaman babak tarian menonjol bersama Ryan Gosling perlu dilakukan sekali untuk mendapatka­n latar cahaya senja terbaik.

“Babak itu paling susah dilakukan kerana hanya diberikan beberapa percubaan. Babak kegemaraan pula adalah nyanyian duet di atas bukit,” katanya.

Menurutnya, latihan menyempurn­akan persembaha­n duet itu dilakukan selama empat bulan dan rakaman babak terbabit juga dijalankan sekali sahaja.

“Rakaman terbabit memakan masa selama enam minit. Kami ke atas bukit untuk merakamkan seluruh babak itu dan

Gunakan

Emma sebagai nama komersial atas

nasihat panel Screen Actor’s

Guild

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia