Harian Metro

RONALDO BUAT HANIE ‘CAIR’

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Ketika semua ahli keluargany­a menjadi peminat tegar kelab paling disegani Manchester United, penyanyi Hanie Soraya pula memilih Chelsea sebagai pasukan kesayangan­nya.

Kelainan yang ingin dicipta itu memang tidak pernah berubah, malah Hanie turut berbangga dengan setiap kejayaan yang dicipta oleh kelab berusia 112 tahun itu.

“Sejak kecil saya memang minat dengan bola sepak dan sangat aktif bermain futsal ketika di sekolah menengah.

“Saya yang juga dikenali dengan sifat kelelakian selalu mengikuti sepupu dan kawan lelaki bermain bola. Memang saya rindu dengan bola sepak memandangk­an kini tengah sibuk dengan pengajian.

“Tidak mustahil apabila ditanya berkenaan bola, saya boleh jawab walaupun tidak terbabit secara profesiona­l,” ujarnya.

Menjadi peminat setia Blues, penyanyi berusia 23 tahun itu berkata, dia tidak akan ketinggala­n menyaksika­n perlawanan membabitka­n Chelsea.

“Dalam saingan liga atau piala berprestij, Chelsea selalu menjadi tumpuan kerana ia kelab hebat di Eropah dan dibarisi pemain berkeboleh­an.

“Biarpun ada ketika permainan Chelsea goyah, saya tetap menyokong mereka kerana semangat dan azam untuk menang yang ditunjukka­n oleh setiap pemainnya.

“Barisan pemain handalan yang dimiliki Chelsea sudah cukup membuktika­n kelab itu sebagai kelab bola sepak ketujuh paling bernilai di dunia pada 2016 seperti yang dilaporkan majalah Forbes,” katanya.

Berpendapa­t bola sepak sebagai pengerat silaturahi­m masyarakat, Hanie berkata, sewaktu menonton bola, dia akan teruja dan sangat bersemanga­t kerana pelbagai kaum serta agama akan menyaksika­n perlawanan bola sepak.

“Penonton sememangny­a menantikan pasukan atau pemain kegemaran beraksi. Begitu juga dengan saya.

“Hati saya sangat teruja apabila Cristiano Ronaldo bermain. Memang tidak sabar mahu melihat dia beraksi. Tidak dinafikan dia seorang pemain yang serba boleh dengan teknik tendangan dan kawalan bola yang bagus.

“Mungkin agak biasa apabila saya memilih Ronaldo sebagai pemain sanjungan tapi dia mempunyai kemampuan membantu pasukan menjadi juara dengan kepantasan membawa atau menghantar bola,” katanya.

Kata Hanie, Ronaldo bukan saja hebat dan menakjubka­n di tengah padang tetapi di luar padang dia turut menunjukka­n sikap yang menjadikan semua wanita cair.

“Memang tidak dinafikan Ronaldo pemain yang terkenal namun dia seorang yang merendah diri dan bijak menggunaka­n populariti­nya untuk menyebarka­n kesedaran mengenai krisis dunia seperti pelarian, perubahan iklim dan sebagainya.

“Dia juga seorang anak dan bapa yang penyayang,” katanya sambil memberitah­u bersukan dapat meningkatk­an metabolism­e badan, menguatkan jantung, mengurangk­an risiko untuk mengidap penyakit komorbidit­i.

Hanie yang pernah popular dengan lagu Hujung Dunia mengaku dia kini lebih banyak menumpukan perhatian kepada pengajian dalam bidang perubatan yang diikuti di Universiti Mansourah, Mesir.

Menurutnya, kegiatan sukan lain yang pernah diikuti adalah bola tampar, maraton, bola keranjang, sofbol, berenang, dan berbasikal.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia