Harian Metro

KAHN PENJAGA GAWANG TERBILANG

-

satu pasukan dan setiap pemain memberikan yang terbaik, apa saja boleh berlaku. Pasukan Jerman tidak perlu takut jika beraksi di mana-mana kejohanan.

“Sejarah membuktika­n kami mampu meningkatk­an tahap permainan tidak kira apa saja yang berlaku,” kata Kahn yang mampu membangkit­kan semangat rakan sepasukan ataupun pemain generasi baru Jerman.

Pada masa sama, Kahn juga berjaya meraih Anugerah Lev Yashin pada Piala Dunia 2002 sebagai penjaga gol terbaik kejohanan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan legenda seperti Gordon Banks (England), Dino Zoff (Itali), Sergio Goycochea (Argentina) dan Gianluigi Buffon (Itali).

Sebelum ini Bola Emas hanya dimenangi Paolo Rossi (Itali), Diego Maradona (Argentina), Salvatore Schillaci (Itali) dan dua kali berturut-turut dimenangi pemain dari Brazil Romario dan Ronaldo.

Selepas Kahn meraih anugerah itu, tiga lagi edisi Piala Dunia dimenangi Zinedine Zidane (Perancis), Diego Forlan (Uruguay) dan Lionel Messi (Argentina).

Bekas penjaga gol Bayern Munich itu juga pernah merangkul anugerah Penjaga

Gol Terbaik Dunia pada 1999, 2001 dan 2002, manakala untuk Eropah pula dia meraih anugerah yang sama sebanyak empat kali berturut-turut (1999, 2000, 2001 dan 2002).

 ??  ?? KAHN
RONALDO menenangka­n Kahn apabila Jerman tumpas 0-2 kepada
Brazil di final Piala Dunia 2002.
PROFIL
NAMA PENUH: Oliver Rolf Kahn TARIKH LAHIR:
15 Jun 1969 TEMPAT LAHIR: Karlsruhe, Jerman TINGGI:
1.88 meter POSISI:
Penjaga gol NOMBOR JERSI: 1...
KAHN RONALDO menenangka­n Kahn apabila Jerman tumpas 0-2 kepada Brazil di final Piala Dunia 2002. PROFIL NAMA PENUH: Oliver Rolf Kahn TARIKH LAHIR: 15 Jun 1969 TEMPAT LAHIR: Karlsruhe, Jerman TINGGI: 1.88 meter POSISI: Penjaga gol NOMBOR JERSI: 1...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia