Harian Metro

Jiha lega pahang konsisten

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kerisauan bertukar menjadi kelegaan buat peminat setia Pahang, Najihah Hana Ab Hamid apabila aksi konsisten yang dipamerkan oleh skuad bimbingan Dollah Salleh sejak bermulanya musim 2017 Liga Super.

Bagi anak kelahiran Kuantan itu, prestasi Pahang setakat ini jauh lebih baik berbanding sepanjang tahun lalu apabila berbangga dengan lima kemenangan, sekali seri dan dua kekalahan.

”Pada mulanya ramai yang risau kerana kebayakan pemain yang dibawa masuk oleh pihak pengurusan boleh digelar sebagai ‘kuda tua’ kerana rata-rata sudah berumur tetapi sekarang kami percaya bahawa mereka sebenarnya kaya dengan pengalaman,” katanya yang mesra dengan panggilan Jiha.

Gadis berusia 23 tahun ini yakin bahawa Pahang akan bangkit semula musim ini walaupun tahun lalu hampir tersingkir ke Liga Perdana.

”Pahang lebih bertenaga musim ini dengan kehadiran pemain lama dan baru.

Ini kerana tonggak baru yang menyertai Pahang adalah pemain yang mempunyai pengalaman dan dibantu dengan semangat kekeluarga­an bagi membolehka­n mereka sangat akrab dan lebih senang bekerjasam­a,” katanya.

Ditanya adakah kekuatan Pahang kali ini berpunca dengan pengalaman dan percaturan yang dimiliki Dollah, Najihah berkata, dalam bola sepak tidak semestinya semua strategi yang digunakan jurulatih mampu berjalan sempurna 100 peratus.

”Sejujurnya, tiada percaturan yang tidak ada kelemahan. Bagaimanap­un, apa yang sering dilakukan Dollah setakat ini sentiasa menjadi. Sebelum ini beliau adalah individu yang membawa Pahang melonjak semula ke Liga Super pada 2012, seterusnya muncul juara Piala Malaysia setahun selepas itu.

”Saya begitu kagum dengan cara beliau mengendali­kan pasukan musim ini, strategi permainan semuanya dilakukan pantas dan konsisten. Paling menarik ada pemain yang diturunkan dalam kesebelasa­n utama di setiap perlawanan adalah pemain baru,” katanya.

Dalam pada itu, Najihah juga begitu gembira dengan tonggak import Pahang musim ini terutama Matheus Alves kerana hampir menjaringk­an gol dalam setiap perlawanan, manakala pemain lain seperti Bright Dike, Mohamadou Sumareh dan Heo Jae Won pula cepat menyesuaik­an diri dengan pemain tempatan.

”Alves sentiasa mendapat umpanan dari pemain tempatan dan dia juga mampu untuk melakukan hantaran baik kepada pemain lain. Ini bermakna dia serasi dengan tonggak tempatan seperti Ashari Samsudin dan Wan Zaharulniz­am Wan Zakaria.

”Jae Won di bahagian pertahan juga berjaya memberikan aksi terbaik dan kerap bekerjasam­a dengan Faisal Rosli untuk mengukuhka­n benteng Pahang,” kata Najihah.

 ??  ?? SENTIASA memberi sokongan padu
kepada Skuad Pahang di Staduim.
PROFIL
NAMA: Najihah Hana Ab Hamid
UMUR: 23 tahun
ASAL: Kuantan, Pahang ADIK-BERADIK: Anak bongsu dari tujuh beradik
PASUKAN DISOKONG: Pahang
MULA MENYOKONG: Awal 2013
BUKTI...
SENTIASA memberi sokongan padu kepada Skuad Pahang di Staduim. PROFIL NAMA: Najihah Hana Ab Hamid UMUR: 23 tahun ASAL: Kuantan, Pahang ADIK-BERADIK: Anak bongsu dari tujuh beradik PASUKAN DISOKONG: Pahang MULA MENYOKONG: Awal 2013 BUKTI...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia