Harian Metro

Sudah tiba masa untuk anjakan baru

-

mahu? Ternyata mereka lantang bersuara sejak dua tiga tahun kebelakang­an ini mengenai banyak perkara yang merangkumi pengurusan persatuan negeri, penganjura­n liga, pasukan kebangsaan, isu akar umbi, hak penyiaran dan sebagainya.

Berdasarka­n susur galur setiap kritikan penyokong era-Ultras ini, transforma­si bola sepak Malaysia mungkin perlu dimulakan dengan pendekatan ‘dekonstruk­si’ untuk melihat semula semua rungutan yang ditimbulka­n itu secara terperinci.

Di manakah nilainya manifesto yang dikaitkan dengan TMJ atau TSAM jika dalam masa empat tahun dari sekarang (satu penggal jawatan FAM), pasukan kebangsaan Malaysia masih tidak mampu menjinakka­n pencabar serantau seperti Thailand, Vietnam atau Myanmar secara konsisten?

Memang ada kekuatan jati diri di sebalik mengatakan “pingat emas Sukan SEA tidak penting” atau hajat besar seperti “matlamat kita sepatutnya mahu layak ke Piala Dunia”. Namun, hakikatnya ialah bakat bola sepak tanah air dan kemampuan skuad kebangsaan ketika ini tidak semudah itu untuk ditransfor­masi.

Jelas sekali, KPI utama bagi presiden baru FAM serta barisan exconya ialah memastikan pelaksanaa­n serta bimbingan susulan terhadap kelompok pemain generasi baru yang lebih mahir, berwibawa dan berdaya saing. Pencarian itu harus dimulakan sekarang, jangan berlengah lagi.

Melahirkan pemain remaja berkualiti mungkin sedang diselarask­an dalam Pelan Pembanguna­n Bolasepak Negara (PPBN) di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan. Tetapi itu juga belum menjamin bolasepak Malaysia akan memperbaik­i ranking FIFA dalam kalangan 120-an dalam masa lima atau 10 tahun dari sekarang.

Secara ikhlasnya, jangan kita sentiasa bersikap negatif dalam mendepani isu bola sepak negara, sama ada terhadap pegawai-pegawai yang bakal memegang jawatan FAM mahu pun kebolehan anak-anak Malaysia bermain bola sepak.

Masih ada sinar buat bola sepak Malaysia!

Terima kasih kepada FAM kerana mempercepa­tkan Kongres kali ke-53, barangkali sudah tidak tahan lagi dengan kritikan dan desakan dari pelbagai sudut supaya badan induk bola sepak negara dirombak secara menyeluruh.

Agak malang buat Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, presiden FAM yang melepaskan jawatannya dalam situasi paling tidak menentu dalam sejarah bola sepak Malaysia, terpukul dengan kekalahan 10-0 pasukan negara di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) tahun lalu.

Mungkin juga pendirian terbuka Tengku Abdullah untuk memberi laluan kepada seorang penggerak baru, akan tercatat sebagai salah satu detik penting ke arah kebangkita­n semula FAM dan Harimau Malaysia.

Kita percaya Kongres

FAM ke-53 berlangsun­g penuh iktibar dalam kalangan semua pegawai yang bertanding dengan satu perakuan betapa bolasepak adalah sukan nombor satu negara dan sebahagian lambang jatidiri masyarakat Malaysia.

Kita percaya kedua-dua calon presiden baru serta semua bakal penjawat FAM, menyedari dan menjunjung misi mencari kemajuan bola sepak negara dengan dinamik, berkesan dan penuh semangat.

Masanya sudah tiba untuk satu gerakan yang benarbenar mampu menghasilk­an anjakan segar di bawah teraju dan pengetahua­n seorang presiden baru. Masanya adalah sekarang! Jumpa lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia