Harian Metro

SIAPA REGU TMJ?

-

Sehari dua ini peminat bola sepak rancak bersembang mengenai Kongres Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) ke-53 yang berlangsun­g hari ini. Semua menanti dengan debar siapakah yang akan mengisi jawatan Presiden sama ada Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor- TMJ) atau Tan Sri Annuar Musa.

Ramai yang meramalkan TMJ akan memenangi pertanding­an ini walaupun Annuar dijangka tidak akan memberi laluan mudah. Namun, satu persoalan menarik yang dikemukaka­n kepada Spy Bola adalah siapakah yang akan menjadi ‘side kick’ TMJ jika beliau berjaya, sama ada Datuk Seri Subahan Kamal, Datuk Seri Afandi Hamzah atau Datuk Wira Yusoff Mahadi?

Kalau dilihat senario menjelang pemilihan itu, Yusoff secara jelas sangat menonjol sebagai regu TMJ. Namun antara ketiga-tiga calon ini, Subahan dan Afandi dilihat lebih berpengala­man berbanding Yusoff.

Subahan adalah Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), sementara

Affandi adalah Timbalan Presiden FAM yang mempertaha­nkan jawatan. Kalau ditanya, secara peribadi jika Spy Bola ada hak mengundi, Subahan atau Afandi akan menjadi pilihan.

Spy Bola: Calon Top 5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia