Harian Metro

JOE nak lepas ‘rasa’, idea baru

- Payatt riadz@hmetro.com.my

Joe memang sah tidak bersama Wings. Barangkali bagi peminat tegar

Wings, berita ini cukup menyedihka­n.

Namun, bagi Joe dan anggota Wings yang lain seperti Awie, Eddie dan Black, perjuangan perlu diteruskan.

Walaupun masingmasi­ng tetap ‘mengunci’ mulut untuk menceritak­an perkara sebenar yang terjadi antara mereka, benda terbaik yang perlu dilakukan ialah ‘move on’.

Selepas tidak lagi terbang bersama Wings, Joe kini meneruskan legasi muziknya bersama band baru Prime Domestic.

Prime Domestic pula bukanlah calang-calang band. Selain Joe, ia turut dianggotai seorang lagi gitaris handalan tanah air iaitu Hillary Ang.

Memperkuat­kan band ini ialah penyanyi berbakat besar yang juga bekas anggota Mojo iaitu Aweera. Ia turut dibarisi pemuzik berpengala­man seperti bekas pemain bass Search, Fauzi dan bekas pemain dram Kristal, Ainol yang juga bersama Bunkface.

Apa yang pasti, kredibilit­i Joe dan Hillary yang juga bekas anggota Search adalah tarikan utama band ini.

Menurut Joe,

Prime Domestic yang ditubuhkan­nya bersama Hillary pada 2011 asalnya hanyalah sebagai band projek yang berkonsepk­an ‘supergroup’.

Namun, mereka berasakan band ini perlu serius seperti band lain di arus muzik perdana. Bersama Prime Domestic, mereka boleh melepaskan ‘rasa’ dan idea baru yang tidak dapat dilakukan ketika bersama band masingmasi­ng sebelum ini.

“Takkan ada bunyi

Wings dan Search dalam Prime Domestic. Ia memang berbeza daripada dua band itu, malah kami jadikan muziknya lebih padat supaya tidak sama dengan band lain. Karya yang kami hasilkan adalah di luar kotak bagi memeriahka­n lagi industri muzik tanah air”, katanya.

Menurut Joe, nama Prime Domestic dipilih kerana mahu menjadikan band ini ‘premier’ dalam kalangan ‘domestic’ atau tempatan.

Ditanya mengenai pemilihan Aweera sebagai penyanyi, Joe berkata, walaupun belum berpengala­man luas, tetapi Aweera memiliki gaya persembaha­n yang baik dan boleh digilap.

“Ketika mula-mula menubuhkan Prime Domestic, saya sudah berbincang dengan Hillary dan kami bersetuju mengambil Aweera. Saya tahu ramai yang skeptikal dengan Aweera dan kerap mengaitkan­nya dengan cerita negatif, tetapi saya yakin dia boleh dibentuk. Dia berbakat dan saya nak bentuk Aweera untuk menjadi penyanyi hebat,” katanya.

Menurut Joe, Aweera juga tidak dihalang untuk meneruskan kerjaya solonya, tetapi nampaknya dia kini memberi sepenuh komitmen kepada Prime Domestic.

Bukan band tangkap muat

Apa yang pasti, gabungan tenaga dalam Prime Domestic bukan sekadar tangkap muat, tetapi adalah untuk menghasilk­an karya terbaik untuk peminat muzik.

Buktinya mereka kini memiliki beberapa single antaranya Satukan Impian dan Sedingin Pluto ciptaan Joe.

“Kami sudah ada 10 lagu dan akan tampil dengan album sulung nanti. Selain saya, Datuk M Nasir dan Hillary juga ada menghasilk­an lagu.

“Kami ada formula untuk kekalkan band ini. Saya harap pisang tak berbuah dua kali. Saya tak kisah jika ada yang menganggap Prime Domestic sebagai band serpihan, tetapi saya mahu menghasilk­an yang berkualiti.

“Seperti bersama Wings sebelum ini, saya juga mahu menjadikan Prime Domestic sebagai band yang gah dan berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Prime Domestic bakal mengadakan persembaha­n sulung mereka di House@GTower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2

Tampil karya luar kotak menerusi Prime Domestic

 ??  ?? DARI kiri Ainol, Hillary, Aweera, Fauzi dan Joe.
DARI kiri Ainol, Hillary, Aweera, Fauzi dan Joe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia