Harian Metro

Erra dukung anak siapa tu?

-

Anak adalah anugerah terindah kurniaan Tuhan buat semua ibu bapa. Kehadiran cahaya mata juga mampu mengukir senyuman di wajah setiap insan yang melihatnya.

Baru-baru ini Papa ada menerima foto aktres popular Erra Fazira bergurau manja dengan anak pelakon Yana Samsudin iaitu Aisy Mateen dalam sebuah majlis hiburan.

Kata pengirim foto itu, Erra dilihat sangat pandai mengambil hati dan melayani si kecil itu. Mana tidaknya, Aisy langsung tidak meragam apabila dalam dakapan Erra.

Barangkali naluri seorang ibu yang dimiliki Erra membuatkan bayi dan kanak-kanak rasa selesa.

Berdetik pula di hati Papa melihat aksi Erra itu yang mungkin teringin memiliki cahaya mata lagi. Eh, ke situ pulak Papa kan! Haa cepatcepat lah kahwin wahai Erra Faziraku!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia