Harian Metro

Man Bai tak pernah ‘sembunyi’

-

Kini dalam perancanga­n untuk terbitkan album solo keempat

menguruska­n kerjaya seninya Man Bai atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Osman, masih mencintai dunia hiburan tanah air. Di samping masih meneruskan kerjaya nyanyian, dia juga berlakon drama dan terbabit dalam pengurusan acara membekalka­n sistem bunyi serta apa saja peralatan berkaitan mengikut permintaan penganjur.

Terbaru dia juga berlakon dalam filem Busker yang akan ditayangka­n pada penghujung tahun ini.

Selepas meninggalk­an kumpulan Gersang, Man

Bai tampil dengan tiga album solo berjudul Man

Bai (1995), Positif (1999) dan Inspirasi (2011). Kini dia dalam perancanga­n untuk menerbitka­n album solo keempatnya.

“Di rumah ada studio dan di sanalah saya ‘berkurung’ mencipta lagu baru untuk album baru itu. Setakat ini sudah ada dua tiga lagu yang sudah siap dan album itu nanti turut mendapat kerjasama daripada rakan komposer lain.

“Saya tidak suka muncul dengan single kerana tiada kepuasan di situ. Sesukar atau setenat mana pun jualan album sekarang, saya tetap akan mengeluark­an album lengkap 10 lagu dan daripada itu boleh tahu berapa ramai ‘peminat tegar Man Bai’ yang akan terus setia menyokong dan membeli album saya,” katanya.

Ujar Man Bai lagi, dia tidak mahu membiasaka­n peminat ‘menunggu’ single daripadany­a.

“Tanpa dinaungi manamana syarikat rakaman, album itu akan saya terbitkan menggunaka­n bajet sendiri. Jadi peminat kenalah bersabar menunggu kehadiran album itu.

“Saya lebih suka dan puas menyanyika­n lagu ciptaan sendiri kerana saya berkarya mengenai kehidupan saya dan masyarakat,” katanya.

Berkisar kepada keadaan ekonomi sekarang yang tidak berapa bagus, secara peribadi bapa kepada tiga anak yang meningkat dewasa ini berkata, situasi itu turut memberi kesan kepada industri seni tanah air.

“Saya rasa dunia hiburan tidak rancak seperti dulu dan kena berjimat dalam berbelanja,” katanya.

Menurut Man Bai, dia selalu juga dapat tawaran berlakon drama tetapi watak yang diberikan kepadanya mengarut dan tidak mencabar.

 ??  ?? Sesukar atau setenat mana pun jualan album sekarang, saya tetap akan mengeluark­an album lengkap 10 lagu
Sesukar atau setenat mana pun jualan album sekarang, saya tetap akan mengeluark­an album lengkap 10 lagu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia