Harian Metro

Inspirasi daripada rumah Melayu

Rekaan guna bahan mesra alam jadikan ruang sentiasa sejuk, bebas haba

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Berinspira­sikan rumah kampung, binaan GreenMan Tiny Home antara usaha menzahirka­n kehidupan lestari di negara ini.

Inisiatif memberi sentuhan moden ke atas rumah kampung tradisiona­l Melayu juga salah satu langkah positif sebagai binaan sifar tenaga, karbon neutral dan mampu milik.

Pendekatan itu cuba diketengah­kan pasukan diketuai Matthias Gelber dengan menampilka­n GreenMan Tiny Home antara yang pertama di negara ini.

Pembinaan prototaip

Kami menggunaka­n semula struktur asal rumah kampung dan menjadikan kehidupan di bandar lebih selesa tanpa perlu bergantung kepada sumber elektrik luar serta bekalan air semata-mata

Matthias

kediaman itu bermula pada September tahun lalu di makmal Kerja Raya Malaysia.

Kemudian tampil sebagai kediaman sebenar Februari lalu untuk tatapan pengunjung Kompleks

Kraf, Jalan Conlay Kuala Lumpur, sempena Hari Kraf Kebangsaan 2017.

“Kediaman moden hari ini menjadikan penggunaan pendingin hawa sebagai satu keperluan.

“Kami menggunaka­n semula struktur asal rumah kampung dan menjadikan kehidupan di bandar lebih selesa tanpa perlu bergantung kepada sumber elektrik luar serta bekalan air semata-mata.

“Ramai beranggapa­n kehidupan hijau itu mahal tapi saya ingin membuktika­n ia boleh menjadi kos yang efektif,” katanya yang turut popular di peringkat global dengan gelaran ‘The Green Man’.

Matthias berkata, penggunaan perkakasan yang menggunaka­n tenaga elektrik tinggi sudah tentu dapat dielakkan sepenuhnya.

Menurutnya, Projek GreenMan Tiny Home itu adalah eksperimen bagi tujuan pendidikan dan berharap ia dapat memberi inspirasi kepada rakyat negara ini.

“Rekaan GreenMan Tiny Home ini diinspiras­ikan daripada rumah kampung tradisiona­l Melayu yang dibina menggunaka­n bahan mesra alam dan dipasak bagi memastikan ruang sentiasa sejuk serta bebas haba.

“Malah GreenMan Tiny Home ini juga membabitka­n penerokaan inovatif termasuk takungan air hujan, tenaga solar dan tandas bebas kuman,” katanya mengakui rumah itu antara pertama dibina mudah alih.

Pada masa sama GreenMan Tiny Home juga diharap bakal membawa perubahan kepada industri pembanguna­n perumahan tempatan.

“Pengalaman kami ini dikongsi kepada orang ramai dan diharap pemaju dapat bekerjasam­a dalam memberikan idea mereka untuk membina bangunan yang mesra alam,” kata Matthias.

Menurut arkitek dan jurutera GreenMan Tiny Home Dr Paul D’Arcy pula, banyak usaha diambil dalam memilih jenis bahan binaan rumah itu.

“Menyedari kandungan karbon yang ada di dalam kebanyakan bahan binaan, kami memilih untuk mengitar semula, menggunaka­n barangan buatan tempatan dan mampan dalam menghasilk­an struktur karbon neutral,” katanya.

“Saiz GreenMan Tiny Home yang kompak hanya menguna pakai ruang yang kecil untuk aktiviti harian dan pergerakan tanpa halangan.

“Secara keseluruha­n rumah ini hanya bersaiz

2.5 meter (m) x 4.5m dan keluasan lantai pada

120 kaki persegi yang menjadikan ia lebih kecil berbanding saiz tempat letak kereta biasa.

“Kami mengguna pakai bahan untuk pembinaan secara efisien bagi mengurangk­an sisa buangan.

“Hasilnya adalah sebuah pangsapuri bersaiz studio yang selesa dengan dapur yang bersambung, bilik air yang berfungsi sepenuhnya dan pastinya sifar tenaga,” kata Dr Paul.

Rekaan in dibuat khas untuk menjadikan ia modular supaya keluarga yang besar dapat mengalami sendiri kelebihan rekaan yang mesra alam dan ‘offgrid.’

Lebih membanggak­an lagi, rumah bersaiz tempat letak kereta ini dibangunka­n hasil usaha sama orang ramai termasuk beberapa pemain industri pembinaan tempatan yang berkongsi komitmen dalam menggalakk­an gaya hidup mesra alam di Malaysia.

Pembanguna­n, penyelidik­an dan ujian disokong Majlis Kerja

Raya Malaysia, Bahagian Penyelidik­an dan Ujian Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan

Malaysia (CIDB) serta beberapa syarikat swasta.

Sebarang maklumat lanjut layari www. greenmanti­nyhome. com atau anda juga boleh melawat akaun rasmi Facebook di fb.com/ GreenManTi­nyHome.

 ??  ?? REKA bentuk GreenMan Tiny Home berlatarka­n hijau
alam dan natural.
REKA bentuk GreenMan Tiny Home berlatarka­n hijau alam dan natural.
 ??  ?? SUDUT bermanfaat dilengkapi kabinet dwifungsi daripada
kayu terpakai.
SUDUT bermanfaat dilengkapi kabinet dwifungsi daripada kayu terpakai.
 ??  ?? RUANG belajar dan tidur tetap selesa walaupun dalam keluasan terhad.
RUANG belajar dan tidur tetap selesa walaupun dalam keluasan terhad.
 ??  ??
 ??  ?? SETIAP sudut dan ruang tidak terlindung dari pencahayaa­n semula jadi.
SETIAP sudut dan ruang tidak terlindung dari pencahayaa­n semula jadi.
 ??  ?? MAKLUMAT menarik turut dikongsi dan diletakkan bersebelah­an binaan GreenMan Tiny Home.
MAKLUMAT menarik turut dikongsi dan diletakkan bersebelah­an binaan GreenMan Tiny Home.
 ??  ?? PENGUNJUNG bergambar di depan GreenMan Tiny Home.
PENGUNJUNG bergambar di depan GreenMan Tiny Home.
 ??  ?? DR PAUL
DR PAUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia