Harian Metro

Harga lebih rendah

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Menjadi peneraju pelbagai produk perkakasan elektrik, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta perabot sejak 1987, Courts Malaysia melancarka­n kempen ‘Meraikan Hidup Senang’ sempena ulang tahun ke30 di cawangan utamanya di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terdapat pelbagai promosi dan tawaran hebat disediakan di semua cawangan Courts seluruh negara bagi menyambut ulang tahun kali ini antaranya kempen promosi ‘Harga Rendah Hari-Hari’.

Promosi ulang tahun yang menjanjika­n harga lebih rendah daripada biasa itu antaranya menawarkan barangan dengan harga semurah RM30 bagi lebih 300 produk serta potongan harga sehingga 70 peratus.

Menariknya, kempen harga rendah itu tiada had masa, tiada stok terhad, tiada had kuantiti untuk pembelian, tiada pembelian minimum, tiada gimik dan setanding dengan harga pesaing.

Selain itu, penjimatan sehingga RM3,000 dengan buku baucar dan mata BonusLink sehingga 300,000 turut ditawarkan kepada pelanggan selain pulangan wang tunai berjumlah RM3,000,000.

Courts turut mengekalka­n usaha bagi membantu golongan memerlukan menerusi program Rumah Amal Courts sebagai sebahagian sambutan ulang tahun kali ini.

Kelengkapa­n perabot bernilai RM150,000 bakal disumbangk­an kepada lebih 30 rumah kebajikan dalam masa tiga hari.

Dalam pada itu, sebanyak RM10 hingga RM15 juta turut dilaburkan bagi tujuan pembesaran dan pembaharua­n di lebih 10 cawangan bermula April tahun ini.

Usaha itu selari dengan perancanga­n syarikat untuk menambah nilai pengalaman pelanggan membeli-belah di Courts selain mengembang­kan perniagaan secara atas talian dan pilihan pembayaran Flexi.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Courts Asia Tim Luce berkata, pihaknya teruja membuka lebih banyak peluang kepada semua rakyat Malaysia membeli-belah di Courts.

“Kami teruja memberi lebih banyak sebab kepada rakyat Malaysia datang dan mendapatka­n barangan keperluan rumah mereka di Courts sempena ulang tahun kali ini kerana pelbagai promosi serta tawaran ulang tahun eksklusif disediakan.

“Ini adalah penghargaa­n kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan dan memilih Courts sebagai sumber kelengkapa­n rumah dan gaya hidup mereka.

“Kami berbangga mencapai ulang tahun ke-30 di Malaysia, berkembang dan membesar bersama negara ini dan berdiri di atas lebih 300,000 meter kaki persegi ruang premis seluruh Malaysia,” katanya yang turut ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia, Dolf Posthumus pada majlis pelancaran itu.

Bersempena dengan sambutan ini juga, Courts buat julung kali menganjurk­an aktiviti ‘Family Fun Walk’ yang bakal berlangsun­g pada Ogos depan.

Pada majlis sama, Courts turut mempersemb­ahkan iklan televisyen terbaru bertajuk ‘Buang’ yang diterbitka­n khas untuk ulang tahun ke-30.

Iklan berkenaan menampilka­n kisah emosi dan mengharuka­n satu keluarga yang bakal berpindah ke rumah baru namun, berakhir dengan kebahagiaa­n.

Buat julung kali, Courts turut memperkena­lkan lagu temanya berjudul ‘Konfeti’ dari Liyana Fizi bersama video muzik memaparkan detik pencapaian Courts yang membawa perubahan kepada rakyat Malaysia.

“Kami berbangga untuk bekerjasam­a dengan Liyana dan menyanyika­n lagu eksklusif Courts yang merangkumi nostalgia serta legasi membeli-belah dengan Courts.

“Untuk lebih 30 tahun, kami berjaya mengubah banyak rumah di Malaysia kepada kediaman dan kini, pelanggan boleh menonton video yang diinspiras­i daripada kisah benar serta pengalaman mereka sendiri selain perjalanan sejarah jenama ini,” katanya.

Sambutan ulang tahun Courts bermula dari 1 hingga 30 Mac 2017. Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.courts. com.my.

 ??  ?? LUCE (tiga dari kanan) dan Posthumus (kiri) bersama kakitangan Courts yang lain melancarka­n kempen ‘Meraikan Hidup Senang’ sempena ulang tahun
yang ke-30, baru-baru ini.
LUCE (tiga dari kanan) dan Posthumus (kiri) bersama kakitangan Courts yang lain melancarka­n kempen ‘Meraikan Hidup Senang’ sempena ulang tahun yang ke-30, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA produk yang ditawarkan.
ANTARA produk yang ditawarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia