Harian Metro

Bunga sejenis duduk sekelompok

-

Tambah aksesori seperti manik,

guli atau daun untuk cantikkan lagi

hiasan

Salam deko buat semua. Masih ada lagi tip gubahan bunga hiasan segar yang akan dibincangk­an pada minggu ini. Ia lebih kepada tip secara umum bukannya secara khusus iaitu gubahan bunga tengah dan bunga susut tinggi atau rendah.

Jadi minggu ini, dua lagi tip terakhir saya pilih yang tentunya membantu anda menghasilk­an gubahan bunga sendiri di rumah.

Ada dalam kalangan kita sukar mengatur komposisi bunga yang tepat. Cara paling mudah menata komposisi bunga adalah dengan meletakkan bunga yang sejenis dalam kedudukan sekelompok dan bukan meletakkan ia secara rawak.

Mulakan dari salah satu sisi pasu bunga hingga keseluruha­n mulut pasu terisi sepenuhnya.

Bunga yang dekat dengan garis tepi mulut pasu dipotong lebih pendek, sementara bunga di tengah harus sedikit lebih tinggi hingga membentuk kubah dan tangkainya tidak kelihatan.

Namun jika anda semakin mahir dalam gubahan bunga, tidak ada salahnya menghasilk­an gubahan bunga bercampurc­ampur atau istilah lainnya secara rawak.

Jika di tengah-tengah rangkaian bunga masih terdapat ruang kosong, tambahkan aksesoriny­a yang menyatukan keseluruha­n bunga.

Anda juga boleh menambahka­n lebih banyak daun supaya bunga yang ada di tengah pasu dapat dilihat sepenuh.

Selain dari daun, koleksi bunga bunga kecil juga boleh diselitkan bagi memenuhi ruang kosong.

Jika anda menggunaka­n pasu bunga dari jenis lutsinar berkaca, sudah tentu mempunyai pilihan untuk menambahka­n aksesori ke dalam bekas pasu bunga itu.

Antaranya manik manik kecil, batu-batuan atau guli.

 ??  ?? BUNGA yang dekat dengan garis tepi mulut pasu dipotong lebih pendek.
BUNGA yang dekat dengan garis tepi mulut pasu dipotong lebih pendek.
 ??  ?? PASU jenis kaca sudah tentu mempunyai pilihan untuk menambahka­n aksesori ke dalam bekas pasu bunganya.
PASU jenis kaca sudah tentu mempunyai pilihan untuk menambahka­n aksesori ke dalam bekas pasu bunganya.
 ??  ?? JIKA anda sudah semakin mahir dalam gubahan bunga, tidak ada salahnya menghasilk­an gubahan bunga bercampur- campur.
JIKA anda sudah semakin mahir dalam gubahan bunga, tidak ada salahnya menghasilk­an gubahan bunga bercampur- campur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia