Harian Metro

Serlah konsep moden, kontempora­ri

- Mohd Amin Jalil rencana@hmetro.com.my

Pemilihan perabot berbeza dari segi reka bentuk, corak dan warna beri

kelainan

Konsep moden dan kontempora­ri pada hakikatnya mempunyai ciri hampir sama yang membawa pengertian ringkas atau tidak sarat, tapi sering kali tampil dengan gaya eksklusif serta elegan.

Antara ciri yang biasa menyerlahk­an konsep ini adalah penggunaan hitam, kelabu, merah, perak dan putih, namun idea kontempora­ri terkini lebih menekankan kepada warna terang serta bercorak geometri.

Pasangan Zulkifli Abu, 63, dan Rohani Mohamed, 59, dari Taman Pinggiran Golf Paroi, Seremban, Negeri Sembilan antara pemilik rumah yang meminati konsep ini.

Nyata, Zulkifli yang juga bekas pegawai sebuah institusi pendidikan perguruan di Seremban sementara Rohani masih berkhidmat dengan sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya, mempunyai minat sama.

Malah pasangan ini dilihat begitu kreatif dalam memilih aksesori kediaman demi memastikan konsep berkenaan terserlah dan memenuhi cita rasa mereka.

Dari perabot, aksesori hiasan, langsir, dinding, siling hingga kemasan lantai termasuk permaidani, semuanya dilakukan dengan teliti bagi menampilka­n dekorasi idaman mereka.

Biarpun menduduki rumah teres dua tingkat yang mempunyai kelebihan dari segi keluasan berbanding teres setingkat, pasangan itu memilih set sofa ringkas dan tampil eksklusif.

Penggunaan elemen sofa moden dan kerusi set kayu jati menjadikan dua ruang tamu yang bersambung antara satu sama lain di bahagian hadapan dan tengah rumah.

Pemilihan perabot yang berbeza dari segi reka bentuk, corak dan warna nyata memberi kelainan serta sedap mata memandang.

Mereka juga bijak membuat susunan dan memanfaatk­an setiap ruang dengan memilih aksesori berbentuk cenderahat­i seperti pasu kecil, bakul rokan, labu sayong mini yang dihadiahka­n rakan atau dibeli sendiri, bagi menampilka­n kelainan serta pelengkap dekorasi.

Jelas pasangan ini sukakan pada kekemasan dengan melakukan susunan yang rapi dan sesuai pada setiap ruang dalam kediamanny­a itu.

“Kita perlu bijak memilih aksesori kediaman yang sesuai dengan mengambil kira keluasan supaya mudah membuat susunan.

“Perkara penting yang perlu diberikan perhatian adalah pemilihan aksesori itu bagi menepati konsep ingin diketengah­kan selain selari era masa kini dan kelihatan segar.

“Konsep kontempora­ri menjadi pilihan kerana saya berasakan ia bersifat eksklusif, elegan dan tidak kaku,” kata Rohani.

Malah beliau dan suami tidak perlu berbelanja besar untuk melengkapk­an dekorasi kediamanny­a itu kerana terdapat pelbagai perabot dan aksesori yang sesuai.

“Apa yang penting kita perlu bijak memilih berdasarka­n kemampuan kewangan yang ada,” katanya yang sudah menduduki kediaman itu lebih 18 tahun.

Seperti di ruang tamu, bahagian dapur juga tidak kurang menariknya tetapi ia tampil lebih ringkas.

“Kami cuba dekorasika­n sendiri ruang dapur ini dan apa yang penting ia lebih selesa dan kemas,” katanya.

Selain menggunaka­n langsir jenis telus cahaya yang lebih memberikan suasana privasi, siling dengan rekaan ringkas membuatkan pandangan atas menarik dengan idea pencahayaa­n sekali gus menepati keperluan penghuni rumah berkenaan.

Konsep kontempora­ri menjadi pilihan kerana saya berasakan ia bersifat eksklusif, elegan dan tidak kaku

 ??  ?? GABUNGAN sofa moden dengan set kayu jati di ruang tamu utama.
GABUNGAN sofa moden dengan set kayu jati di ruang tamu utama.
 ??  ?? AKSESORI tambahan
jadi pelengkap
dekorasi.
AKSESORI tambahan jadi pelengkap dekorasi.
 ??  ?? SET kerusi ringkas di ruang tamu kedua.
SET kerusi ringkas di ruang tamu kedua.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia