Harian Metro

Sentuhan luar biasa suami isteri

- Ainal Marhaton Abd Ghani rencana@hmetro.com.my

Dekorasi ruang tamu kediaman dua tingkat ini memperliha­tkan idea kreatif dan luar biasa sentuhan pasangan suami isteri, Noor Azham Alias, 43, dan Maharani Seman, 41.

Biarpun tampil berbeza dengan susun atur yang tampak ‘sarat’ namun reka letak aksesoriny­a ‘pantas’ sahaja mengatasi kekurangan itu sekali gus membuatkan penulis yang bertandang buat pertama kali kehilangan kata-kata buat seketika.

Noor Azham berkata, konsep dan idea itu diperoleh daripada pengalaman merantau ke pelbagai negara seperti Filipina, Indonesia, Australia dan Thailand beberapa tahun lalu.

“Idea menghias kediaman bermula ketika kami melancong ke Australia dan menginap di rumah rakan yang suka menghias rumah.

“Selepas berbincang, kami bersetuju mengambil konsep itu tetapi tetap mengekalka­n adat dan adab masyarakat Melayu,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka yang diberi nama Blackwall Kitchen and Guest House (Blackwall Kitchen) di Perumahan Paya Tiga, Jalan Pintasan Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Menurut Noor Azham, semua hiasan dalaman adalah ilham dan idea mereka berdua tanpa mengupah pereka dalaman kerana mahukan cita rasa yang tersendiri, suasana selesa serta eksklusif.

Sentuhan dekorasi lain seperti lukisan dinding, bubu ikan dan barangan kraf yang dibeli setiap kali melancong ke luar negara turut melengkapk­an elemen dekorasi rumah teres dua tingkat itu.

Menariknya, kedudukan hiasan dalaman rumahnya diubah dari semasa ke semasa bagi mengelakka­n perasaan jemu.

Gabungan unsur alam semula jadi turut dimainkan dengan hiasan pokok hidup yang diletakkan di beberapa bahagian ruang tamu dan di atas meja makan.

“Bagi saya biarlah rumah kita sentiasa nampak cantik dan menggembir­akan hati kerana rumah adalah tempat berehat selepas pulang daripada kerja,” kata bekas guru dan kakitangan bank itu.

Menyentuh ekspresi warna dinding, ternyata pasangan yang belum dikurniaka­n cahaya mata itu memang sukakan warna lembut dan melambangk­an kesucian dan kebersihan.

Maharani berkata, putih adalah warna ‘serba boleh’. Padanannya boleh disesuaika­n dengan warna apa sahaja yang diminati.

“Oleh itu, sebahagian daripada dinding saya gantung beberapa bingkai gambar terisi ‘potongan’ kameja-T tertera perkataan yang melambangk­an negara pernah dikunjungi.

Dari sisi yang berbeza, ruang tamu kediaman ini turut dijadikan ‘port’ untuk pasangan dan keluarga mengadakan majlis istimewa seperti sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwina­n dan menikmati makan malam dalam suasana romantis.

Menurutnya, dia dan pekerja akan menghias meja makan tetamu berdasarka­n majlis yang bakal diraikan.

“Meja makan akan dihiasi secantik mungkin dan ungkapan daripada daun potpuri akan digubah mengikut acara majlis.

“Kami masih kekalkan adat Timur apabila meletakkan tiga meja rendah ala Jepun dan sebuah meja makan enam kerusi disediakan sebagai pilihan,” katanya yang turut menyediaka­n menu masakan Barat untuk tetamunya dengan harga istimewa.

Begitu juga dengan tiga bilik di tingkat atas kediaman yang turut dijadikan bilik sewaan harian.

“Daripada dibiarkan kosong adalah lebih baik kami jadikan bilik sewa RM77 bilik standard dan RM177 untuk suite,” katanya yang semakin dikenali selepas kediamanny­a ditular di laman sosial Faebook dan Instagram,” katanya.

Konsep dan idea diperoleh daripada pengalaman

merantau ke pelbagai

negara

 ??  ?? PENGALAMAN menginap di rumah rakan di Australia mencetuska­n idea dekorasi unik di kediaman ini.
PENGALAMAN menginap di rumah rakan di Australia mencetuska­n idea dekorasi unik di kediaman ini.
 ??  ?? NOR AZHAM dan Maharani bersantai
di meja makan diperbuat daripada
kayu terpakai.
NOR AZHAM dan Maharani bersantai di meja makan diperbuat daripada kayu terpakai.
 ??  ?? BINGKAI gambar berisi potongan kemeja- T tertera perkataan yang melambangk­an negara pernah dikunjungi.
BINGKAI gambar berisi potongan kemeja- T tertera perkataan yang melambangk­an negara pernah dikunjungi.
 ??  ?? DERETAN novel tersusun indah di setiap anak
tangga.
DERETAN novel tersusun indah di setiap anak tangga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia