Harian Metro

FIKIR SEBELUM BELI

- Hazril Md Nor Gen.y@hmetro.com.my NOOR AZAM AB AZIZ 03-20567083/7084

Apabila kita mula menjengah usia 20-an, pastinya terfikir untuk mempunyai kenderaan sendiri lebih-lebih lagi jika sudah mula bekerja.

Ada antara kita yang selesa untuk menggunaka­n motosikal saja. Namun, yang lain pula lebih suka menggunaka­n kereta kerana faktor keselamata­n dan keselesaan.

Persoalann­ya, apa aspek yang perlu diambil kira sebelum membeli kenderaan sendiri? faktor seperti kewangan, komitmen dan kekerapan perlu diteliti terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.

KEKANGAN UTAMA

Antara penyebab utama yang menyukarka­n pemilihan kebanyakan­nya berpunca daripada kewangan. Graduan yang baru saja bekerja mempunyai banyak komitmen lain seperti pembiayaan balik pinjaman pendidikan, sewa rumah, barangan peribadi, insurans dan simpanan.

Masalah lain seperti kos dan perkhidmat­an yang tinggi menjadi alasan utama mengapa siswazah memilih motosikal untuk kenderaan pertama. Mana tidaknya, jika membeli kereta dan kewangan belum stabil, itu hanya menyusahka­n diri sendiri untuk memikirkan kos penyelengg­araan serta ansuran bulanan.

CUBA BUAT PERTIMBANG­AN

Pertama, adakah pendapatan kamu cukup stabil? Ini untuk mengelakka­n sebarang masalah ketika membayar ansuran bulanan sesebuah kenderaan itu.

Apa yang pasti, motosikal dan kereta mempunyai kos perkhidmat­an yang berlainan. Kaji semula pendapatan bersih yang diperoleh tiap-tiap bulan bagi memastikan kamu mempunyai wang lebihan untuk simpanan dan komitmen lain.

Kedua, pertimbang­kan faktor masa juga. Antara dua jenis kenderaan itu, yang mana lebih cepat untuk ke mana-mana dan ini termasuk kos seperti pembayaran tempat letak kereta serta tol.

Selain itu, ambil kira kos sampingan seperti minyak dan risiko kerosakan. Banyak bahagian pada kereta perlu diganti jadi dari semasa ke semasa dan kamu akan membelanja­kan lebihan wang ke arah itu.

Ketiga, faktor keselesaan. Bagi yang belum berkahwin, motosikal mungkin menjadi pilihan kerana murah dan selesa untuk bergerak ke mana-mana.

Tapi sekiranya kamu ingin berkahwin awal, kereta pasti menjadi keutamaan untuk isteri dan anak. Selain itu, lebih ramai penumpang boleh dimuatkan, kemudahan pendingin hawa dan selamat daripada cuaca buruk seperti hujan lebat serta ribut petir.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia