Harian Metro

Tarikan warna sang merak

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Boleh digaya dengan pelbagai cara selain mudah dijaga

terserlah apabila burung merak mengembang­kan bulunya. Pelbagai warna menarik ditampilka­n sekali gus dijadikan sebagai inspirasi rekaan selendang.

Pengasas Hessabella, Tengku Irwanie Tengku Ibrahim berkata, kecantikan burung merak itu diambil untuk dijadikan sebagai tanda pengenalan jenamanya.

“Tanda pengenalan jenama menerusi ilham motif burung merak itu direka dengan acuan buatan tangan pada kain dan labuci.

“Ia melalui proses yang agak rumit kerana memerlukan ketelitian ketika menjahit kelopak dan labuci sebelum ditampal pada selendang.

“Penggunaan material sifon dobby Korea mempunyai ciri yang lembut, kesan beralun, mudah dibentuk, sejuk dan t dak jarang menjadikan selendang jenama ini menjanjika­n keselesaan,” katanya.

Jelasnya, terdapat tujuh hingga lapan pilihan warna pastel dan rona burung merak sepert ungu serta hijau zamrud.

Kelebihan selendang ini ia boleh digayakan dengan pelbagai cara selain mudah dijaga, hanya memerlukan cucian tangan.

Malah, jenama berkenaan turut menampilka­n rekaan tudung bawal terkini berbentuk segi empat sama dan mengetenga­hkan cor k galaksi.

Pilihan warna jug menggunaka­n rona b rung merak dan warna lain yang menarik di samping menerapkan ciri selesa serta mudah dibentuk yang diperoleh daripada penggunaan material dull satin.

 ??  ?? REKAAN tudung terkini jenama berkenaan.
REKAAN tudung terkini jenama berkenaan.
 ??  ??
 ??  ?? SELENDANG motif burung merak.
SELENDANG motif burung merak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia