Harian Metro

Denim klasik dikemas kini

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Musim bunga kembali lagi dan pastinya pelbagai rekaan terkini ditampilka­n tidak kiralah daripada jenama tempatan mahupun luar negara. Bagi peminat jenama fesyen Sweden,

Monki pastinya berasa teruja menantikan rekaannya untuk musim bunga tahun ini dengan idea menyegarka­n.

Menariknya, koleksi ditampilka­n kali ini bertujuan memberi penghargaa­n kepada individu yang bijak menggayaka­n koleksi denim dalam pelbagai gaya dan potongan.

“Koleksi ini tidak ketinggala­n ini menggunaka­n 100 peratus kapas organik dengan penampilan, palet warna dan siluet yang dipilih sebagai antara gaya semasa yang popular,” kata ketua perekanya, Caroline Carlryd.

Denim klasik dikemas kini dengan trend terkini yang menjadikan ia begitu diminati. Penggunaan warna blok, penampilan yang diubah, biru terang dan simbahan warna merah jambu serta sulaman, antara yang ditonjolka­n pada rekaan musim ini.

Selain celana longgar yang menjadi helaian tumpuan dalam koleksi ini, Monki turut memperkena­lkan seluar denim gaya Ikmo, potongan sederhana, berpinggan­g tinggi, ‘cropped boyfriend’ dan Kimomo manakala denim klasik pula ditampilka­n dengan siluet bersaiz besar.

Penggunaan warna blok ditonjolka­n pada rekaan musim bunga

tahun ini

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia