Harian Metro

Konsep rekaan dari Jepun

- Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor am@hmetro.com.my

Keselesaan dalam berpakaian antara faktor penting dalam pemilihan fesyen.

Selain gaya dan trend sebagai daya pemikat, fabrik juga perlu serasi dengan pemakai.

Baru-baru ini, jenama COCO, keluaran syarikat tempatan YFS Group of Companies diperkenal­kan bagi memberi inspirasi kepada muda-mudi.

Apa yang menarik, ia bukanlah hasil tangan pereka luar, tetapi dicipta golongan Gen Y tempatan inspirasi daripada pakaian dari Jepun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Nicholas Chong, idea asal adalah untuk membawa masuk konsep dan rekaan dari negara matahari terbit itu.

Tetapi, timbul pula strategi bagi mengukuhka­n industri fesyen Malaysia dengan mengetenga­hkan hasil belia dalam peringkat umur muda.

“Syarikat melihat potensi pasaran bagi pakaian kasual, moden Shinjuku yang dapat disuai padan bagi pelbagai acara,” katanya pada pelancaran butik pertama COCO di AEON Tebrau, Johor Bahru, baru-baru ini.

Katanya, apa yang membolehka­n langkah berkenaan dibuat adalah perkembang­an pesat industri pakaian seperti Amerika Syarikat,

Jepun dan Eropah yang memonopoli pasaran di seluruh dunia termasuk Asia.

“Daripada kesemua itu, jenama Jepun berjaya mencipta rekod dengan jayanya termasuk fesyen jalanan,” katanya.

Kali ini, COCO menampilka­n pakaian bagi lelaki dan wanita dan boleh digayakan oleh sesiapa saja.

Padanan warna lembut pastel dan terang dijadikan identiti kepada jenama ini.

Optimis dengan langkah ini, COCO dijangka mempunyai lebih 10 cawangan termasuk di Melawati Mall pada

April depan.

Selain itu, Melaka dan Pulau Pinang juga antara lokasi berpotensi pertumbuha­n jenama berkenaan.

Ketika ini, jenama terbabit memiliki

12 pereka tempatan di bawah usia 25 tahun yang bakal membuka lebih platform kepada ramai lagi bakat tempatan.

Menurut Nicholas, pelan jangka pendek YFS adalah untuk membawa lebih banyak kelainan dalam industri fesyen berkonsepk­an Jepun sedia ada di negara ini.

“Pertukaran budaya dalam bentuk fesyen antara matlamat kami,” katanya.

Lebih banyak aksesori diperkenal­kan bagi jenama ini pada masa akan datang.

Antara pakaian yang menjadi kegemaran muda-mudi ketika ini termasuk kemeja-T, seluar khakis, jean dan pelbagai helaian lain berkonsepk­an minimalis dan kontempora­ri Jepun.

 ??  ?? COCO menampilka­n pakaian bagi lelaki dan wanita dan boleh
digayakan oleh sesiapa saja.
COCO menampilka­n pakaian bagi lelaki dan wanita dan boleh digayakan oleh sesiapa saja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia