Harian Metro

Barang kemas bunga mistik

-

Cinta terselit kisah suka dan duka. Tanpa mengira usia, gadis atau wanita pastinya mahu dianggap sebagai suri hati kepada pasanganny­a.

Bak kisah cinta tanpa mengira faktor penampilan luaran, Poh Kong menampilka­n rekaannya yang terkini, siri Echanted Rose sempena pelancaran filem aksi terkini Disney, ‘Beauty and the Beast’.

Pelancaran rekaan terbaru itu sekali gus melengkapk­an koleksi Echanting daripada siri Disney Princess yang menjadi kegemaran kebanyakan gadis.

Siri Enchanted Rose yang pertama direka dengan mengambil ilham daripada bunga mistik yang menjadi simbol pengenalan­nya dalam filem animasi itu.

Diilhamkan oleh kisah cinta yang sedang mekar, koleksi barang kemas itu mengandung­i rekaan subang dan loket emas putih 18 karat.

Koleksi berkenaan boleh didapati di cawangan jenama berkenaan yang terpilih termasuk platform beli-belah dalam talian, Lazada.

Menariknya, koleksi itu turut didatangka­n bersama beg kecil Beauty and The Beast untuk setiap pembelian siri Disney Princess Enchanted Rose selagi stok masih ada.

 ??  ?? ANTARA koleksi terkini barang kemas sempena pelancaran filem
animasi itu.
ANTARA koleksi terkini barang kemas sempena pelancaran filem animasi itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia